Thursday, September 04, 2014

Alat bantuan oksigen

Ayah masuk wad lagi. Kali ni admitted utk yang ke 3 kali dlm tahun nih. Sakit paru paru juga. Cuma kali ni dr dah warning sakit ayah dah makin teruk. Paru paru dah rosak teruk. Keupayaan nak sedut oksigen amat kurang. Jadi dr minta sediakan mesin oksigen untuk ayah guna dirumah.  Selepas berbincang kami decided nak sewa dulu dengan pembekal yang disyorkan oleh pihak hospital.  

Harga mesin nih katanya mencecah rm4,500.  Sewa bulanan hanya Rm 300 sahaja. Setakat nih sewa aja sebulan. Sementara nak cari pembekal dan pilihan yang ada untuk beli. 



Motifnya disini. Jagalah paru paru dan organ dalaman anda. Jangan dok tepek bedak tebal tebal je kat muka.  Kalau dah rezeki kita untuk sakit kita redha. 

Breakfast utk cik kecik, nasi goreng

Pagi nih masak nasi goreng. Nih kali ke dua try masak.
Senang je masak nasi lembik skit. Tumis olive oil masuk bawang putih bawang merah ikan bikis yang dah tumbuk lumat. Pasty masuk nasi dan sayur. Mama taruk bayam.  



Oklah. Makan ngan buah betik sekali. 

Dhia makan juga. Cuma takleh makan ulang. Dia limit one time makan. Makan ulang die tak suka. Dhia lagi suka makan nasi dengan ikan goreng dan sayur bening (org jawa kata)..

Friday, August 22, 2014

Jalan jalan PD


Husband ada kursus sebenarnya 1hari disini. Tapi teringin nak ikut kali ni sebab mengenangkan jarak yang dekat. Boleh juga hilangkan kalut di hati ni.

Kami stay di hotel husband kursus. Avilliob Admiral Cove.  So far okay. Bilik luas dan bersih. But no bath tub takleh nak main ngan my little girl. So kita main kat swimming pool je. Seaview sangat cantik sebab banyak boat parking. Buffet breakfast is okay la.   Tak fancy dan tak terlalu kurang. 




Time papa kursus,kitorang pergi pantai PD sampai la bandar Pd kitorang pusing. 
Since dtg hari rabu kan.  Sangatla lengang. Seram pun ada duk pantai berdua je ngan si kecik nih. barulah nampak pantai yang cantik,laut yang biru. Kalau pergi time cuti weekend atau sekolah penuh pantai sampai takde rempat nak lepak. Tapi hari ni kitorang je berdua sambil ditemani abg pakcik yang memotong rumput dan menyapu sampah. 
Kitorang breakfast kat sini. Since makanan Dhia mama dah siap masak dan masuk termos pagi tadi. Mama makan roti je. Dhia excited sebab bila time makan banyak burung dtg nak makan nasi sekali.  Burung pipit , burung merpati dan burung gagak (ok yang spesis ni seram skit). 

Dah siap makan kita g main pasir je. Tapi tak lama pun sebab papa dah warning jangan main panas nanti sunburn.  Yup warning khas utk anak sahaja.  Ibu takpe. Hahahhaha. 




Saturday, July 19, 2014

Mango pancake

Sarapan pagi nih. Actually dah lewat pun nak panggil sarapan. Dah jam 11. Godek godek dlm peti ais ada baki mangga masak.  So pikir buat pancake mangga.



Alhamdulillah. Si kecik makan gak sanpai 4 keping. Sedap ke lapar? Hahahah. 

Senang jek nak buat. 
Unbleached flour setengah cawan
Telur sebijik
Susu fm bancuh setengah cawan
Mangga sepotong
Minyak zaitun setengah sudu kecil

Blend semua sampai telur kembang. Masak atas non stickpan.  

Kalau rajin buat kecik kecik. Kalau m*#*%s, buat la besar jek terus. Pastu boleh terap acuan kuih jadik bentuk segala. Boleh makan ngan madu atau homemade jem. But my daughter tak nak sume tu. So makan kosong gitu je. Tapi dah ada mangga so dah manis dah. 


Monday, June 23, 2014

Hantar papa klia2

Hari ni en asben nak g umrah. Alhamdulillah dapat pergi lagi tahun bih selepas setahun 4bulan yang lepas. Kali nih asben g ngan ex office mama dulu. Semua nye lelaki je. No family. 

So hantarven awben ke klia2 since diorang naik air asia flight jam 2.35pg. Tapi td sampai airport tengok tengok flight delay sampai 5.35 pg.  Huwaaaa.    Sabar.  Dugaan. 


So kami berdua pun teman la en asben sampai mana termampu. Sampai jam 1.30 pg je. Pastu mama ngan adik balik. Pasal adik dah mabuk tidur. Hahhaha walaupun masih berkeinginan nak berlari tapi mata dah tak boleh tahan sudah. 

Sambil hantar asben sambil jalan kat klia2. Next time kalau dapat fly dah ada pengalaman   So far much better dr lcct of course. Tapi kene berjalan agak jauh skit sambil lalu kat kedai kedai. Kalau banyak masa di airport bolehla cuci mata cuci poket sekali kan.  Ini baru kedai kat luar. Kalau kat dlm bahagian departure tak taula macamna. 






Cuma still masih banyak yang perlu diperbaiki. Walaupun baru dibuka. Tapi saya tengok tandasnya dah ada air bertakung di lantai. Dengan floor trap yang terbuka dan tidak ditutup. Tempat sangkut hos paip pun dah tercabut. Tisu yang di lantai. Lantai di luar sekitar sinki juga ada kesan tapak kainyang banyak. Ok. Saya masuk tandas jam 12 tgh malam pasukan cleaner dah siap cuci baru alihkan sign careful wet floor. Pastu time saya nak keluar toilet siorang dok terjerit jerit di tgh laluan keluar memanggil sama sendiri.  

This is not good for the image. Since saya rakyat sini saya boleh ignore but still a little annoyed. 

Yang lain lain tak dapat nak komen sangat. Still banyak kedai yang belum beriperasi sepenuhnya. Masih dlm proses renovation. 

Anyway, selamat pergi untuk papa. Dan semoga selamat pulang juga. 

Friday, June 13, 2014

Musim nyamuk

Sekarang straight seminggu panas tak hujan hujan. Jadi musim nyamukla nih kan. Mama plak jenis malas nak berpasang ubat nyamuk dan menspray bagai.  Tak tahan bau busuk ubat nyamuk. 

Pagi nih mama tgh sibuk siapkan breakfast utk dhia. Tinggalkan kejap time dia tgh duk melayan kartun sambil minum susu. Nih kira tempoh bertenang kejap la nih. Cepat cepat mama masak. Kalau tak nanti dia dtg dan start peluk kaki sambil buat muka sedih. Time tu dah takleh buat pe dah. Mau die merengek je kalau tak dilayan. 

Punyalah mama tinggalkan 15 minit je. Bila dah habis susu si kenit nih hulurkan botol kosong, tengok la haaaa... Mau dekat 8 das nyamuk gigit kat muka kaki tangan   Hadoi. Mengapa adik tak halau nyamuk. 




Cepat cepat mama buh ubat. Dahle kulit sensitif nanti tak baik baik. Kalau semut yang gigit lagila lambat baik. Siap ada parut hitam lagi nanti. 


Mama pakai ni. Ada orang suggest mopiko. Tapi bila mama pakai tak jalan. Pakai kapur masak pun pernah tapi tak reda gak merahnya. Hr tu g kedai organik  sales girl tu suggest nih. More baby friendly katanya. So far alhamdulillah. Kalau pakai utk gigitan nyamuk cepat redanya. 


Nih lepas sejam pakai. Dah hilang dah. Tp dengan syarat baru kene gigit terus sapula ubat nih. Ha. Nih kan dah start peluk kaki mama dia.


Breakfast: Bihun udang goreng

Hr nih penat mama nak cari idea. Banyak barang masak dah kering kontang. Mama dlm peti ais ada udang dan ayam. Fikir fikir nak ke jaya jusco ler nak cari ikan salmon dan sebagainya utk dhia. Juga sayuran yang berbagai.

Tapi apapun, pagi nih kene survive dulu. Mama masakkan bihun goreng utk dhia. No salt no sugar. Sebelum nih ada gak mama ngelat letak garam secubit. Tapi hr nih mama insaf balik. Cuma tumis ngan olive oil dan letak black pepper secubit. Cari cari tomato pun takde dlm freezer. Hmmmmmm.....


Nantilah kita cari ek bahan masak lain. Mama nak cari tepung atta dan juga unbleached floor utk buat makanan bertepung plak. And nak ke daiso jugak untuk cari acuan kuih. Wahahhaha papa please taked note. 

Tuesday, June 10, 2014

Spagetti Salmon for little one

Bila si kecik start taknak makan bubur...mama dah start pening kepala nak pikir masak apa. Maube dah kene start tambah dos kerajinan memasak. Breakfast,lunch,tea time, dinner lain lain. Kalau sebelum nih mama masak bubur makanlah dr pagi sampai petang.
Tp dua hari sudah si kecik tak nak makan bubur. Bila suap siap tolak tangan dan start buang balik. Tapi bila suap nasi biasa dengan ikan goreng ok aje plak. 

So mama buat kesimpulan anak mama dah besar. Nak makan cam org besar juga. So kene upgrade level masakan. Tapi giginya masih 4 batang lagi hahahaha.  Kalau tak ayam goreng mama suapkan nak oi. 

So pagi nih mama geledah almari caribidea nak masak breakfast. Junpa spahetti. Kebetulan ada ikan salmon lagi separuh dlm peti ais. Mehla kita masak beeakfast utk mama dan adik sekali. 



Thursday, June 05, 2014

Hujan di pagi hari. Syukur ya Allah

Pagi nih hujan. Jam 7.30 pagi dah mula hujan. Suasana sejuk muram nih buat rasa cam nak berbungkus selimut semula. 

Syukur ya Allah. Ada lagi hari ini untuk kita. Syukur Ya Allah diberi kesempatan menatap wajah anak dan  suami hari ini. Syukur Allah, masih lagi berkesempatan nak pikir makan apa sarapan hari ini. Alhamdulillah ada beli biskut minggu lepas....cicah dengan air kopi tskkk takkk takleh munum kopi. Sesak nafas. Air milo pun ok. Syukur Allah. 

Seringkali kita lupa untuk bersyukur utk perkara perkara yang pada kita remeh. Tapi sebenarnya itulah yang paling bermakna. 

Ketam telur masin,bayam tumis , daging sambal

Menu malam semalam. Hujan hujan perut lapar. Terus pikir nak masak apa. 






Tuesday, June 03, 2014

Kasihnya ibu

Setiap kali nak balik dr kampung mesti mak sibuk bertanya nak bawak balik apa apa tak? Nak apa apa ambil saja. Itulah ayatnya. Tak kisahlah mak mentua atau mak sendiri. Dua dua saya panggil 'mak' saja takde beza. Sama rata. 

Kali nih balik dr kampung keluarga mentua.  Memang selalu saya balik saya akan kutip daun daun buat masak. Daun kunyit, daun limau purut,bunga kantan,daun pisang,daun pandan. Buat masak. Memang kat rumah saya ada tanam sendiri tapi kene jimat cermat sbb pokok kat rumah belum besar lagi. Kalau asyik petik nanti tinggal batang je hahaha. 
Mak plak akan bagi pisang,keledek, labu dan apa apa yang ada kat rumah. Awal awal perkahwinan saya dulu saya selalu tolak. Sebab tak masak sangat dan malas nak bawak balik,taknak la kononnya ambil mak punya. 

Tapi bila dah lama kawin nih. Makin meningkat kedewasaan ni,saya mula faham.  Itulah antara kasihnya ibu. Risau setiap kali anaknya balik. Apa anak nak dibawa balik gembira setiap kali anaknya balik menjenguk. Dan kalau boleh bawalah balik apapun, masaklah untuk suami dan anak anak,supaya bahagia anaknya. 

Sampai sekarang anak saya dah setahun saya masih lagi terkial kial.  Masih lagi saya mengagumi mak saya yang setiap hari bangun sebelum subuh untuk memulakan aktiviti hariannya. Sedangkan saya masih lagi mencari semangat setiap hari membesarkan anak dan menguruskan rumah. Saya pernah jadi jurutera tapak,bekerja dgn pekerja asing,dengan mesin besar, debu dan habuk. Saya pernah juga kerja jurutera di pejabat. Sibuk dengan mesyuarat dengan menteri dan pengarah jabatan. Saya juga buka perniagaan uruskan kedai dari mula sampai berjalan lancar. 

Tapi saya rasa yang paling mencabar adalah menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Semoga saya pun dapat jadi macam mak mak saya yang membesarkan anak nya yang ramai dgn baik. 


Ini pisang tanduk. Ayah yang bungkuskan dlm plastik suruh bawa balik. Ayah tanam sendiri. Dah ada bahan nak buat minum petang. Jadi pisang goreng menu kita semalam. 



Monday, June 02, 2014

Ayam stew dan sambal tauhu




Hari nih hari isnin. Keluar pagi pagi ke kedai.  Uruskan apa yang patut. Balik je rumah si kecik nih tido plak. Senang skit nak masak. Kalau tak berebut barang la ngan dhia. 

Hari nih ada beli ayam. Nasi dah masak before keluar rumah pakai slow cooker.  So masak stew untuk Ainul Mardhiah. Since dah setahun sebulan nih mama dah start masak taruk garam skit skit. 

Untuk mama plak mama masak sambal tauhu.  Cukuplah tu. Nanti makan nanti cukai lauk ayam tu skit hahah. 










Tuesday, May 27, 2014

Cerita ahad lepas..taman layang layang Kepong


Ahad lepas tak tau nak buat apa..tunggu si kecik ni bangun dah jam 7.30pg. Papa ajak pergi Taman Layang layang Kepong. Sampai sampai matahari dah terik...dah ramai yang siap jogging,so kami just stroll dekat je. Papa je jogging. Mama jalan kaki. Lemah kaki hahhahahaha.     
Tapi view sini masih cantik.






 So far memang sini je yang selalu kami pergi. Sebab dekat dgn rumah. Kalau awal boleh la join aerobik. Group senaman lain pun ada. Taichi pun ada. Pernah try join sekali hari tu. Fuh....balik rumah terus terkejut urat urat di badan.
Since si kecik nih baru pandai jalan,takleh lari lagi so duduk dlm stroller je ek. Jalan skit skit je.

Letih jalan kita lepak tengok bebudk main beskal...roller blade..skateboard.. Kalau nak nengok org main belon atau layang layang time petang ye...
Sarapan pun banyak jual kat sini..


Pose de kami ber3...muka x mandi lagi:)

Monday, May 26, 2014

Masak lemak udang dengan labu untuk si kecil 1 tahun

Hari nih jumpa udang galah kat kedai runcit. Tapi kecil kecil ajer idaklah berupa 'galah' pun. Terus nak masak lemak kebetulan labupun ada lagi baki kat peti ais tu. Boleh masak utk si kecik ni (tanpa cili) dan bercili utk mama dia. Mama confirmla tumpang sekali.                      

   Tumbuk bawang ngan kunyit hidup masuk santan dan labu masak sehingga labu lembut dan masuk udang. Senang.. Rasa labu dan udang bagi rasa manis. Dan kunyit hidup dan daun kunyit bagi tambah rasa. Siap. Makan dengan nasi lembik.

Moving foward with i phone 5c

Im going to say a farewell to my samsung note. Just got my ip5c yesterday. BIG thanx  untuk my hubby yang sponsor my handphone for almost 5 years. Since samsung galaxy note tu pun saya dah pakai almost 3 years with totally devoted to it. Tp dah sebulan nih asyik meragam, bateri susah nk penuh,asyik habis cepat je, memory full but my sd card is totally empty with 8g more space..suddenly hang..camera is so so so slow..

Dah tiba masanya untuk tukar. Acctually dok aim kan Samsung Galaxy Note 3..sangat sangat menarik dan tertarik kau memang cantik. Tapi setelah timbang tara di buat,prefer iphone . Dr segi saiznya yang ngam ngam je kat tgn,sesuai benar dgn saya yang selalu ngan anak kecil nih sangat praktik utk penggunaan sebelah tgn. Dan ambil iphone 5c sebab minat dgn warnanya yang colourful dan ceria.. 5s is better camera and processor than 5c. But still minat 5c.. And i pick the green colour .. And dapat rebate RM 50 plus free casing.

 So far so good... Even though dah tak dapat lagi mendownload movie,lagu,novel secara free.. Its ok since saya dah tak sempat pun nak melihat semua itu.. Asyik nak berebut ngan si kecik ni je. At least sama phone ngan my husband,so boleh kongsi charger...ngeheheh.  



Piala Thomas 2014

 Malaysia tewas kepada Jepun 3-2 untuk  Piala Thomas 2014.                                 Teringat 22 tahun lepas menyaksikan perlawanan badminton untuk piala Thomas di Kuala Lumpur. Masa tu masih lagi sekolah rendah. Begitu teruja tengok Rashid Sidek menang perlawanan akhir 1992.                                                       Cuba lagi next time..

Monday, March 10, 2014

Doa untuk MH 370

sudah lebih 48 jam belum ada berita berkenaan pesawat MAS MH370..  sangat sangat sedih bila mengenangkan peristiwa ini.. harap supaya ahli keluarga mangsa dapat tenang dan bersabar dengan dugaan yang diterima.

#hug our love tightly#

Friday, March 07, 2014

im looking foward something new

dah berkarat rasanya... asyik duk buat rutin sama.. rutin yang kurang membangunkan diri... dah bulan 3.. lots thing left to do.

exp: berat tak turun lagi..baju raya dah tempah guna ukuran baju tahun lepas... unless tak nak beraya bolehla makan dgn sewenang wenangnya without excercise
still x bangun malam nnk buat tahajud dan hajat dan sebagainya... mengaji pun amatlah payah... *ketuk pale skit*
kedaipun dah lama tak bg perhatian... ala ala nak merajuk ke nampaknya perkembangannya...

tp..my daughter dah getting bigger and wiser... hari hari ada je kerenahnya
as long as dia healthy cukupla  Alhamdulillah..

and last.. my heart keep aiming for note 3.. (seriously my note 1 is getting annoying day by day) but my mind keep telling me dont waste money.. haiyaaa what to do?

Wednesday, February 26, 2014

my 10 month daughter and Rotavirus

salam.

Dhia baru sembuh dari rotavirus dua hari lepas.. doc yang confirmkan after buat ujian najis dhia..

terus terang tak tau apa puncanya.. everything yang kitorang lalui sepanjang masa adalah sama daripada dulu dan kini.. jadi bila ramai yang bertanya bagaimana kena dan apa punca? saya sendiripun tak tau nak jawab. saya tanya doc " how could this happened?" and doc kata.. dari segi pelbagai punca.. dari segi kebersihan, udara, makanan, dan etc etc.
after saya fikir dan fikir.. rutin harian sama.. makan dan sumber makanan juga sama.. susu juga susu yang sama.. beli dari kedai yang sama.. pergi mana mana pun sama sahaja.. cuma yang agak berbeza ada tetamu yang datang ke rumah sebelum itu.. dan of course ada pakai tandas dalam 5 orang semuanya .. dan ada juga beberapa kali yang saya pergi makan ke kedai saya suapkan anak saya air suam sumber dari kedai makan.. hmm..apakah? wallahualam..

cirit birit nih dhia kena hampir 21 hari.. yup.. normally dhia buang air besar hanya sekali sehari.. tiba tiba jadi 3-4 kali.. dan hari hari yang kritikal hingga berbelas kali... 1st saya bawak ke homeopathy .. after 3rd day still sama saya bawa ke klinik. doc kata tiada ubat for baby below 1 year. of course saya setuju dgn pendapat doc tu... so, doc cuma bagi krim sapu sebab bontot dah melecet.


tp bila dah start muntah terus bawa die ke pusrawi.. and kalau dah bawa ke emergwncy tgh malam kul 2.. of course doc admit kan ke wad.. jd berkampungla kat wad 3 hari 3 malam.. dgn 4 botol air masuk dlm dhia. doc check rotavirus.. tukar dr susu soya  ke susu free lactose.. after 3 hari kluar wad barulah ok... and after a week baru consume susu frisogold semula.. alhamdulillah semua selamat...
total bayar wad dan segala...Rm1200.. beli susu free lactose Rm 107.
tq papa.. and sorry...