Thursday, September 04, 2014

Alat bantuan oksigen

Ayah masuk wad lagi. Kali ni admitted utk yang ke 3 kali dlm tahun nih. Sakit paru paru juga. Cuma kali ni dr dah warning sakit ayah dah makin teruk. Paru paru dah rosak teruk. Keupayaan nak sedut oksigen amat kurang. Jadi dr minta sediakan mesin oksigen untuk ayah guna dirumah.  Selepas berbincang kami decided nak sewa dulu dengan pembekal yang disyorkan oleh pihak hospital.  

Harga mesin nih katanya mencecah rm4,500.  Sewa bulanan hanya Rm 300 sahaja. Setakat nih sewa aja sebulan. Sementara nak cari pembekal dan pilihan yang ada untuk beli. 



Motifnya disini. Jagalah paru paru dan organ dalaman anda. Jangan dok tepek bedak tebal tebal je kat muka.  Kalau dah rezeki kita untuk sakit kita redha. 

Breakfast utk cik kecik, nasi goreng

Pagi nih masak nasi goreng. Nih kali ke dua try masak.
Senang je masak nasi lembik skit. Tumis olive oil masuk bawang putih bawang merah ikan bikis yang dah tumbuk lumat. Pasty masuk nasi dan sayur. Mama taruk bayam.  



Oklah. Makan ngan buah betik sekali. 

Dhia makan juga. Cuma takleh makan ulang. Dia limit one time makan. Makan ulang die tak suka. Dhia lagi suka makan nasi dengan ikan goreng dan sayur bening (org jawa kata)..