Friday, October 05, 2012

hati yang sayu

hari nih hari jumaat... hari yang free.. kira cuti umum kat saya.. kebetulan takde kerja yang menghalang..(kalau ada pun buat buat tak nampak hokey!).. hr ni balik kampung.. dah 2 minggu tak balik jenguk mak and ayah. last sekali since hantar ayah lepas keluar dr hospital...

Syukur Alhamdulillah keadaan ayah dah beransur pulih... bukanlah maksud ayah dah boleh lari dan bergerak cergas,,, cuma ayah dan boleh tidur dengan selesa dan ada selera makan... cuma agak kecewa sedikit bila ayah still tak boleh nak totally berhenti merokok... (ah!.. kecewa dalam hati).. dah pujuk dah sebelum nih.. tapi kan nak cakap lebih lebih nanti takut ayah kecil hati pula.. jadi saya pendamkan aja dalam hati... dan berdoa moga dibukakan pintu hatinya dan dikuatkan semangat ayah untuk kehidupan yang lebih baik...

balik hanya sekejap... balik pagi dan kembali ke kl by senja... of course balik seorang since husband keje hari nih.. still husband come first in my life... dapat jenguk sekejappun dah sejuk hati dah.. walaupun selalu bertelefon.. tapi selagi tak tengok ngan mata sendiri tak puas hati..

cuma sedih setiap kali nak meninggalkan mereka... mak dan ayah akan hantar sampai pintu kereta.. alahahi... sayunya hati.. rasa macam terasa kesunyian mereka.. hanya saya mampu berdoa moga Allah lindungi mereka dan permudahkan segala urusan mereka....

mak dan ayah boleh jaga 7 orang anak.. bolehkah kita jaga mereka seperti mereka menjaga kita?....

No comments:

Post a Comment