Ramadhan bakal menjelang tiba... hmmm kalau dulu2 pikir puasa terus lompat nak pikir raya.. baju raya, kuih raya, langsir raya, duit raya.. ahahha...tapi sekarang.. well, sementelah (chewah!) usia dah menginjak ke angka 30 an ini.. saya dan suami rasa cukup2la... tahun ini akan jadi lebih besederhana dari tahun sebelum2nya...
so far rumah di kl tiada apa perubahan memandangkan kami ini dikira anak perantauan jugakla kan, raya memang confirm2 di kampung sahaja... ehh! still cite pasal raya.. nak cerita pasal Ramadhan la...
Harapan untuk bulan Ramadhan:
1- puasa (of course la)
2- Nak terawih di masjid tiap malam (last year banyak juga sembahyang dirumah je)
3- Nak sembahyang Tahajud & taubat tiap malam
4- Nak khatam Quran
5- Nak bayar Zakat Harta
6- Nak Sedekah
dan..... nak kurangkan makan.. sebab berat badan masih berada di zon bahaya.. belum zon selamat.. 4 kg to go actually!Semoga semangat kuat untuk menjalankan semua yang diatas!
alhamdulillah....aku pun nak berazam perkara yang sama...insya-Allah
ReplyDelete