Showing posts with label Resepi baby 1 tahun. Show all posts
Showing posts with label Resepi baby 1 tahun. Show all posts

Thursday, September 04, 2014

Breakfast utk cik kecik, nasi goreng

Pagi nih masak nasi goreng. Nih kali ke dua try masak.
Senang je masak nasi lembik skit. Tumis olive oil masuk bawang putih bawang merah ikan bikis yang dah tumbuk lumat. Pasty masuk nasi dan sayur. Mama taruk bayam.  



Oklah. Makan ngan buah betik sekali. 

Dhia makan juga. Cuma takleh makan ulang. Dia limit one time makan. Makan ulang die tak suka. Dhia lagi suka makan nasi dengan ikan goreng dan sayur bening (org jawa kata)..

Saturday, July 19, 2014

Mango pancake

Sarapan pagi nih. Actually dah lewat pun nak panggil sarapan. Dah jam 11. Godek godek dlm peti ais ada baki mangga masak.  So pikir buat pancake mangga.



Alhamdulillah. Si kecik makan gak sanpai 4 keping. Sedap ke lapar? Hahahah. 

Senang jek nak buat. 
Unbleached flour setengah cawan
Telur sebijik
Susu fm bancuh setengah cawan
Mangga sepotong
Minyak zaitun setengah sudu kecil

Blend semua sampai telur kembang. Masak atas non stickpan.  

Kalau rajin buat kecik kecik. Kalau m*#*%s, buat la besar jek terus. Pastu boleh terap acuan kuih jadik bentuk segala. Boleh makan ngan madu atau homemade jem. But my daughter tak nak sume tu. So makan kosong gitu je. Tapi dah ada mangga so dah manis dah. 


Friday, June 13, 2014

Breakfast: Bihun udang goreng

Hr nih penat mama nak cari idea. Banyak barang masak dah kering kontang. Mama dlm peti ais ada udang dan ayam. Fikir fikir nak ke jaya jusco ler nak cari ikan salmon dan sebagainya utk dhia. Juga sayuran yang berbagai.

Tapi apapun, pagi nih kene survive dulu. Mama masakkan bihun goreng utk dhia. No salt no sugar. Sebelum nih ada gak mama ngelat letak garam secubit. Tapi hr nih mama insaf balik. Cuma tumis ngan olive oil dan letak black pepper secubit. Cari cari tomato pun takde dlm freezer. Hmmmmmm.....


Nantilah kita cari ek bahan masak lain. Mama nak cari tepung atta dan juga unbleached floor utk buat makanan bertepung plak. And nak ke daiso jugak untuk cari acuan kuih. Wahahhaha papa please taked note. 

Tuesday, June 10, 2014

Spagetti Salmon for little one

Bila si kecik start taknak makan bubur...mama dah start pening kepala nak pikir masak apa. Maube dah kene start tambah dos kerajinan memasak. Breakfast,lunch,tea time, dinner lain lain. Kalau sebelum nih mama masak bubur makanlah dr pagi sampai petang.
Tp dua hari sudah si kecik tak nak makan bubur. Bila suap siap tolak tangan dan start buang balik. Tapi bila suap nasi biasa dengan ikan goreng ok aje plak. 

So mama buat kesimpulan anak mama dah besar. Nak makan cam org besar juga. So kene upgrade level masakan. Tapi giginya masih 4 batang lagi hahahaha.  Kalau tak ayam goreng mama suapkan nak oi. 

So pagi nih mama geledah almari caribidea nak masak breakfast. Junpa spahetti. Kebetulan ada ikan salmon lagi separuh dlm peti ais. Mehla kita masak beeakfast utk mama dan adik sekali. 



Monday, June 02, 2014

Ayam stew dan sambal tauhu




Hari nih hari isnin. Keluar pagi pagi ke kedai.  Uruskan apa yang patut. Balik je rumah si kecik nih tido plak. Senang skit nak masak. Kalau tak berebut barang la ngan dhia. 

Hari nih ada beli ayam. Nasi dah masak before keluar rumah pakai slow cooker.  So masak stew untuk Ainul Mardhiah. Since dah setahun sebulan nih mama dah start masak taruk garam skit skit. 

Untuk mama plak mama masak sambal tauhu.  Cukuplah tu. Nanti makan nanti cukai lauk ayam tu skit hahah. 










Monday, May 26, 2014

Masak lemak udang dengan labu untuk si kecil 1 tahun

Hari nih jumpa udang galah kat kedai runcit. Tapi kecil kecil ajer idaklah berupa 'galah' pun. Terus nak masak lemak kebetulan labupun ada lagi baki kat peti ais tu. Boleh masak utk si kecik ni (tanpa cili) dan bercili utk mama dia. Mama confirmla tumpang sekali.                      

   Tumbuk bawang ngan kunyit hidup masuk santan dan labu masak sehingga labu lembut dan masuk udang. Senang.. Rasa labu dan udang bagi rasa manis. Dan kunyit hidup dan daun kunyit bagi tambah rasa. Siap. Makan dengan nasi lembik.