Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts

Friday, March 01, 2013

Jalan jalan Teluk Chempedak

last time waktu hari perayaan Thaipussam kitorang melarikan diri ke Teluk Chempedak.. melarikan diri dr kesesakan di Batu Caves...
asben suggest ke Penang ... tapi saya still penat balik dr umrah..just nak short vacation sahaja.
 so pilih Teluk Chempedak... saja..tak de tujuan khusus.. cuma nak melalui highway Pantai Timur adalah sangat membosankan... tepi kiri kanan hanya kelapa sawit sahaja...
sampai TC dah lepas zohor... cr hotel sekitar pantai... mak aiiii... asben tak mooo.. tak sanggup katanya.. dah macam hostel.. murah memang murah tp mengerikan katanya. i have no idea...since asben yg buat scout semua hotel tu....
last kitorang stay kat vistana hotel... a bit far from the beach but tip top quality.. especially kalau ambik deluxe room la kan..(biik standard abih daaa).

 sebelum sampai cr kasut sukan dulu... bleh la buat ala ala jungle +beach tracking.... kami tak mandi...malas nak tukar tukar baju.. jadi cuma lepak kat atas batu .
sampai boring pastu lepak plak kat atas pantai.... sambil makan maggi dan minum slurpy.. sue ini boleh dpt di 7 eleven di tepi pantai.. kalau nak mmman McD pun ada tepi pantai nih.. burger king... chat time.cool blog and other gerai tempatan lain pun ada.. siyes tak tipu...


pantai oklah.. notbad..still acceptable utk mandi pik nik and everything that you do when your at the beach..
malam lak kitorang g makan kat Kak Ana Ikan Bakar Petai.

. ini kali kedua kitorang ke sini... nasib baik dtg awal jam 6... sebab bila kul 8 je org dah mula ramai dan berdiri menunggueja... sampai nak makan ambik feeling pun kesian tgk org tunggu...harga kat sini standard je...tak mahal dan tak murah.
 nak murah lagik kita masak jek kat rumah...kekekekekeke.. kami order dgn berhemah.. cuma ambil ikanbakar... sotong goreng tepung and ketam goreng telur asin... pun sangatlah banyak juga utk makan 2 org...nasib siang td cume makan maggi je.

kalau dtg kuatan boleh la try makan sini. nak duk bersila kat ruang atas pun boleh..tp dengar kata ada bukak cawangan ikan bakar nih kat bangi... betulla kut...

anyway sok paginya makan breakfast kat hotel..uih lama tak makan buffet.. pastu asben berenang kat swiming pool... pastu tghari checkout kitorang g pekene Mustaffa Cendol kat Jalan ke Tc.. pastu balik kl... singgah RnR Temerloh..makan ikan patin dulu... (mak masak lagi sedap)... end.

bosan kan... ahahahha.
 hidup berdua.. macam nila.

Friday, February 08, 2013

bercuti @ balik kampung?

stress?..penat kerja? jemu dgn kesesakan kota.. rasa nak pergi bercuti ?.. budget takde? moh la balik ke kampung.. selain daripada dapat jenguk mak bapak sanak saudara.. pun boleh menikmati alam semulajadi dan keindahan tempat membesar kita... keindahan bumi Allah ini ada dimana mana.. kene buka mata hati dan biji mata tu besar besar nampakla apa yang ada di hadapan kita.. yang tersirat dan tersurat.
tak caya?.. ini gambar kampung saya... sepetang di kampung... bila snap dlm gambar pun cantik gak la kan.... *wink* wink*
yang penting ada kebahgian dan kegembiraan .. tak kira dimana kita berada ..kita boleh pilih nak kegembiraan ataupun kedukaan... (ni yang saya belajar dr satu rancangan realiti di TV)..kalau tak leh pilih.. pujuk la hati supaya terima dengan hati terbuka.. mungkin kita akan lebih tenang dan tenteram....
pinjam model jap..cycling keliling kampung.. beskal pun dah veteran

sawah padi



Kuari

Wednesday, February 06, 2013

Umrah 02 Januari-16 Januari 2013

Alhamdulillah .. akhirnya kami berjaya juga menunaikan umrah.. dan yang paling best kami bawa mak masing masing... ada mak sendiri dan mak mertua.... plus ayah mertua dan adik ipar.. Fikir punya fikir kami pilih pakej dari Travel Andalusia. Sebab?.. ramai yang tanya sebab... ada juga yang bagi komen macam macam ada yang positif ada yang negatif..  tapi kami ambil sebab Andalusia dah establish.. dah lama dalam hal menguruskan jemaah haji dan umrah.. dan memandangkan kami masing masing tiada pengalaman menunaikan umrah... (hanya mak dan ayah masing masing je yang dah haji ..itupun 5 tahun lepas).. jadi taknak ada apa apa masalah dalam urusan penginapan, perjalanan dan pengangkutan. baik ambik yang dah biasa uruskan hal jemaah umrah.. lainlah kalau yang pergi hanya kami berdua.. mungkin tak gusar sangat hati.

Awalnya kami booking untuk 17 Januari.. antara penerbangan awal juga yang ada disediakan.. tapi disebabkan Kerajaan Arab Saudi buka Visa Umrah lebih awal jadi kami ditawarkan untuk terbang 2hb Januari 2013. kami pun dah siap segala urusan passport dan medical.. jadi terus agree dan siapkan kerja dan urusan kelengkapan pakaian sahaja....

tak banyak sangat yang perlu disediakan... hanya yang basic sahaja.. dari segi pakaian pun kami banyak beli jubah disana... dah memang kat sana tempat menjual jubah dan segala macam abaya kan... cuma bawa telekung shaja.. sebab kat Saudi Arabia semua yang perempuan pakai abaya.. dan selendang hitam sahaja.... jadi yang jemaah Asia nih mudah dikenali menerusi pemakaian telekung berwarna putih...


Penerbangan kami adalah Saudi Arabia Airlines... husband nak naik MAS sebab nak top up enrich card punya point... tapi MAs hanya buka penerbangan umrah pada bulan mac sahaja.. Harap maklum ye.. bukan tak nak naik... (kalau tak bleh makan sarapan nasi lemak dalam flight) kekekekeke

Penerbangan terus ke Saudi Arabia.. flight berhenti sejam di Riyadh sebelum turun di Madinah... setakat nih semangat berkobar kobar... dan hati pun berdebar debar juga nak memsauki Tanah Haram.. almaklumlah,..kita nih manusia yang penuh dengan kelalaian dan dosa kan.. kan....

Bertolak dari KL 3 petang dan sampai di Madinah jam 10 malam. Selesai je urusan imigresen, bas dah siap menanti bawa ke hotel. Hotel kami di Madinah Mubarak Silver Hotel.. betul betul depan pintu masuk jemaah muslimah..... tak payah belok-belok.. straight je... dah nampak.

Perjalanan Umrah 3: Kota Mekah

Kami bertolak dari Madinah lebih kurang jam 3 petang... perjalanan menaiki bas selesa memandangkan jalanrayanya elok dan masih baru.. kami berhenti makan dan solat magrib di hentian rehat... makan pula dijamu nasi arab.. dihidangkan dalam dulang untuk dikongsi 5-6 orang.
Alhamdulillah sampai di Kota Mekah lebih kurang jam 9 malam... selesai check in bilik.. terus kami mengikut mutawwif ke Masjidilharam..sebab masing masing dalam ihram..jadi kami segera melakukan tawaf, saie dan tahalul untuk keluar dari larangan ihram. Suasana di kota Mekah walaupun tak sedingin Madinah, tapi masih kategori dingin juga... melangkah kaki ke Masjidilharam hati tak putus putus berdoa semoga urusan ibadah dipermudahkan.. Alhamdulillah masih belum ramai yang sampai di sini..
nasi arab yang dkongsi bersama jemaah lain

Seperti yang saya nyatakan kami antara penerbangan awal yang sampai disini... Alhamdulillah berjaya melakukan tawaf , saie dan tahalul.. dan emak pun boleh berjalan lagi bersama sama... cuma ibu mentua dan suami serta ayahnya berasingan dengan kami sebab ibu mentua naik wheel chair.. jadi agak berhati hati terutama ketika malakukan tawaf takut terlanggar kaki orang lain pula nanti. Wheel chair ada disediakan di hotel oleh pihak Andalusia Travel.. cuma kena letak nama dan nombor bilik sahaja untuk digunakan.. sepanjang masa umrah ini kita boleh pakai wheel chair tersebut. dan sekiranya hilang terpaksa lah kita bayar gantirugi kepada pihak andalusia.. tak mahal sekitar RM 15o / wheelchair sahaja. Menurut mutawwif wheelchair wakaf juga ada disediakan di masjid.. berdekatan dengan pintu Babusalam.. tapi kami guna yang dari Andalusia juga.. sebab bila umrah yang seterusnya mak saya pun dah pakai wheelchair sebab tak kuat nak berjalan bila saie..
Kalau untuk jemaah yang pergi bersendirian tetapi nak guna wheelchair kita boleh dapatkan khidmat upah untuk menolak wheelchair.. walaupun dari hotel hinggalah selesai umrah.. ataupun kita boleh pilih sekadar untuk saie sahaja.. kalau tak silap bayaran lengkap untuk tawaf, saie dan tahalul sekitar 200 Saudi Riyal.
Suasana di kota Mekah agak berdebu sebab proses meroboh dan membina bangunan hotel baru juga rancak dijalankan. Sebahagian masjid juga ditutup untuk projek pembesaran Masjidilharam. Jarak hotel kami (Monsia Therawat Hotel) lebih kurang 700 m dari Masjid. Di tengah perjalanan ke masjid akan ada yang minta sedekah dengan menunjukkan kaki atau tangan yang kudung.. rasa kasihan nak memberi tapi ayah dan ibu lebih mengesyorkan bersedekah kepada yang membersihkan kawasan masjid... kebanyakan peminta sedekah ini akan bertempiaran lari bila anggota polis datang .. jadi kesimpulannya kegiatan ini turut dicegah oleh pihak berkuasa tempatan.. jadi tak baik pula kalau kita galakkan aktiviti mereka.

suasana di sekitar Kota Mekah
semasa solat Magrhib diluar perkarangan Masjid

kami :)

Subhanallah.. boleh nampak di belakang kawasan masjid yang sedang di besarkan




Hari hari yang seterusnya mula dilimpahi jemaah dari pelbagai negara... suhu juga mula naik dan tak sedingin awal kami sampai... melihat kepelbagaian jemaah dari negara pakistan dan India.. rata rata jemaahnya memakai tudung atau hijab yang seragam warnanya.. mungkin untuk memudahkan mereka menjejak kumpulan masing masing.... ada biru, merah, hijau, ungu, kuning, pink, dan banyak lagi... ada juga jemaah dari Indonesia memakai skarf berwarna di leher...

Ramai jemaah dari asia saya lihat semuanya agak berumur dan bersendirian tanpa ahli keluarga.. kadang kdang sedih melihat mereka bila kehilangan sabahatnya dan tercari cari di celahan orang ramai... Syukur saya dan suami berpeluang bawa ibu masing masing... setiap hari kami mohon doa agar kami sabar dan dipermudahkan untuk bersama orang tua kami sepanjang tempoh kami disini.

Tandas di Masjidilharam agak jauh ke bawah.... turun menggunakan tangga atau escalator. tapi awas... pastikan jarak anda dan orang disekitar anda dalam keadaan selesa semasa menggunakan escalator.. sebab saya pernah menyaksikan kain jemaah wanita tersangkut di escalator dan membuatkan jemaah jatuh dan turut mengheret beberapa jemaah lagi jatuh sekali ... sebab ramai jemaah yang kainnya dan jubahnya meleret ke lantai.. jadi kalau terselit di escalator.... cepat cepat minta petugas atau kita sendiri tekan butang stop di hujung escalator..

bagi ibu saya yang kurang mampu nak berjalan jauh, kalau nak ambil wuduk biasa pakai botol spray wuduk atau pergi ke pili air zam zam yang berdekatan.. tempat favourite kami adalah di pintu 88 sebab kedudukannya yang agak tersorok di bawah tangga... sekadar nak ambil wudhu insyaallah penjaga disitu tidak marah.. cuma kena berhemat menggunakan air zam zam.. janganlah sampai banjir pula lantai disitu.

banyak tempat jemaah wanita disediakan... di tingkat bawah ada, di tingkat atas pun ada.. jadi kalau sihat pergilah meninjau dalam kawasan masjid... macam macam kemudahan ada disediakan.. cuma untuk kami memandangkan ibu ber wheelchair jadi pergerakan agak terbatas... saya biasa adventure meninjau berseorangan sahaja...

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Malaysia pada 16 Januari 2013.. setakat ini kami bersyukur sebab tiada masalah sepanjang tempoh kami disana.. semua kesihatan kami juga tip top......
sampai di Malysia teringat ingat pula Kota Mekah dan Madinah.. sekarang baru kami faham kenapa ramai yang dah pergi dan hatinya selalu rindu nak kesana.... Insyaallah kalau ada rezeki kami kesana lagi nanti.... sekarang nak kumpul duit untuk haji pula..

Perjalanan Umrah 2 : Madinah 1

Sampai je kat hotel around 10 malam.. sebabkan kitorang niat Jamak.. jadi maghrib dan Isya belum settle lagi... my mom dah tak larat.. jetlag.. terus surrender nak ke Masjid Nabawi... so.. cuma yang lain aje terus menapak ke Masjid Nabawi... bila melangkah masuk je.. hati terus sayu.... Rasulullah s.a.w ada disini... sembahyang magrib + isya... dan yang lain lain.. kami terus ke Raudah.. Alhamdulillah.. menurut jemaah dari pakistan yang dah sampai beberapa hari lagi awal dari kami, kawasan Raudah agak lengang.. tetapi orang ramai mula memasuki kota Madinah.. sebab seperti kami juga memandangkan visa umrah sudah dibuka...  penghadang dan tirai juga sedang sibuk dipasang...
kelihatan para penjaga  masjid juga masih sibuk mencuci masjid... patutlah masjid sentiasa dalam keadaan bersih.. air zam zam juga banyak disediakan untuk minum.. siap disediakan cawan lagi... kebiasaaan saya akan bawa botol mineral kecil.. untuk diisi.. dan bawa pulang ke hotel untuk minum...
Al-Quran juga banyak disediakan disini.. soal nak baca atau tidak sahaja... kerusi wakaf untuk solat juga sedia ada di dalam masjid bagi yang kurang mampu untuk solat berdiri. Ditempat wanita ada diasingkan ruang jemaah untuk jemaah yang bawa anak anak kecil bersolat di masjid..  tandas disediakan diluar.. di aras bawah, jadi kalau nak pergi tandas kena turun escalator atau lif.. tandas sangat bersih ... untuk mandi juga boleh..
suhu waktu saya sampai agak dingin... dalam 16 degree -18 degree.. untuk yang perempuan sekadar berjubah dan tshirt sehelai dah cukup.. plus dengan telekung dan tudung kita.. manakala bagi yang lelaki, waktu macam nih la elok berserban.. sambil kurangkan rasa dingin boleh ikut sunnah sekali..
Kawasan raudah dibuka untuk jemaah wanita pada waktu lepas subuh sehingga zohor... dan selepas isya sehingga jam 11.. tapi bagi pihak lelaki boleh sellau ke Raudah.. untung juga suami yang kata boleh sembahyang waktu di kawasan raudah.. berdekatan dengan Makam Rasullullah.
ada yang kata tak boleh bawa kamera ke dalam masjid... iye betul.. sebab saya banyak nampak papan tanda tidak boleh ambil gambar atau membawa kamera ke dalam masjid. tapi... jeng jeng..
zaman sekarang ini agak susah nak kawal telefon yang canggih nih kan.. kita punsemua masing masing bawa telefon untuk perhubungan dengan keluarga yang lain.. mana tau nanti tidak terjumpa dengan ahli keluarga dikawasan ramai orang .. kan susah kalau takde telefon.. jadi apa yang saya buat hanya letak telefon ke dalam poket seluar. atau poket baju yang agak tersorok... penjaga masjid hanya check beg muslimah sahaja...
saya bertanya suami.. suami kata tiada pemeriksaan dilakukan untuk jemaah lelaki.... mungkin arahan tuh kita kena faham.. janganlah nak berposing bagai dalam kawasan masjid yang mulia... hanya untuk kenangan kita rasanya tidak mengapa.. yang penting niat kita.

susana di perkarangan masjid.. awal pagi.. payung belum buka..
 


Monday, November 12, 2012

Jalan jalan Hong Kong

Sudah lama tak update blog.. banyak ide dan gambar sudah tersimpan di hphone sebenarnya.. cuma nak menulis tidak kesampaian... jadi hari ini menggagahkan diri untuk meng'hapdet' blog.
so..alkisahnya 12 Nov. 2012 tuh aku dan en suami menerbangkan diri ke Hong Kong.. (destinasi ke 3 dlm fikiran)..(pertama : US...ntah bila la kan?.. ahaks!..pastu nak ke Korea...)..last last pilih Hong Kong.. save budget dan juga dekat skit... aku kan der masalah nak naik kapal terbang skit...

naik flight MAS.. alhamdulillah rezeki kami dapat upgrade seat dr ekonomi ke business class.. untuk perjalanan pergi...tidak la fobia sangat naik kapal terbang.. selesa?.. hahhaha.. toksah cakapla... 3/4 masa flight habis dengan makan dan tengok movie je... antara makanannya...takyah citela kan....
so far oklah jalan sini since budget travel je... kalau dulu jecik kecik selalu tgk cite hongkong kan... hahaga (skrg kpop)... temperature pun waktu nih dlm 26 °-18...so sgt nyaman nak jln....

Jalan kat Hong Kong nih mudah sebab ada train... (memang sebab utama nak ke Hong Kong) public transport yang sangatlah senang.. dari train, bas, teksi.. semua ada. Kami dari airport menuju ke tanah besar naik bas... tambang murah sedikit nak banding dengan naik train.. tapi apapun sampai kat airport make sure beli travellers card . ada banyak pilihan dan pakej untuk card nih.. kami pilih yang Octopus Card pakai dan top up,, sebab dok sini cuma 2 hari jek.. card nih kita akan pakai untuk naik train , naik bas dan ada sesetengah tempat terima octopus card untuk bayaran masuk.. muda dan senang.. takyah beratur beli tiket..
Sampai je kat Tsim Tsa Tsui... salah satu tempat favourite backpackers untuk cari hotel atau hostel.. kami pun main redah je.. jadi kena la cari hotel dulu... ada harga dari RM 80.. hinggalah.. beratus.. tapi hostel atauhotel seperti Chungkin Mansion atau Mirana Mansion boleh dapat murah.. tetapi keadaan persekitarannya amatlah menakutkan... unless anda ada blackbelt karate kira oklah kan..
disebabkan hostel murah disini ada yang sudah lama dan juga terlampau banyak pelancong dan pendatang asing yang menetap di sini.. tak kurang hebat orang orang "gelap"... jadi kami pilih hotel dlam budget RM 200 semalam... mahal?.. sebab bilik deluxe je yang ada... tapi janji selamat dan selesa nak berehat... itu kata asbenla.
jalan kat sini lebih banyak tengok cara kehidupan diorang.. rata rata untuk bershopping pada saya harga tak berbeza dengan Malaysia untuk barang yang branded... cuma kalau cenderamata atau keychain atau alat accessories telefon banyak pilihan disini.. Jenis kami berjalan tidak membeli barang barang cenderamata.. setakat fridge magnet je sebijik dua pun dah cukup.. jadi perjalanan kali ini tak banyak tangkapan "hasil shopping' yang dapat..
Apa ada di Hong Kong?
 Tengok la brochure pelancongannya.. ada The Peak yang menempatkan Maddame Tussade.. muzium patung lilin... saya tak masuk sebab tak de hati nak masuk tengok patung.. sedangkan kat London pun taknak masuk... Asben plak lagila taknak masuk sebab dah masuk Maddame Tussade kat LA dah haritu.. jadik cuma bergambar ngan patung Jet Li sambil duk pusing tengok pemandangan bangunan bangunan disini...
selain itu Disneyland... boleh naik train ke sana... tapi pun kami tak pergi.. well maybe sebab takde anak, jadi tak teruja nak pergi pun... asben follow je.. saya yang taknak masuk.... tak minat juga... sudahnya jalan jalan sahaja.. pergi factory outlet..pergi cari dimsum halal kat Masjid Osman Ramju Siddik..
malamnya kami ke Arena of Star.. jam 8 malam ada laser light show... em... oklah.. dari takde apa nak buat kan.. diorang pasang music dan pancarkan lampu dari bangunan tinggi di kepulauan Hong Kong. Pastu kami bergerak ke Ladies Market.... macam petaling street disini... Tshirt, cenderamata, accessorie telefon, handbeg dan yang seperti nya ada disini.. dan boleh tahan panjangnya...

Selain pada tu kat Kowloon street banyak kedai kasut dan pakaian sukan.. Adidas, Nike, Fila etc... ratusan kedai barangan seperti ini.. sampai dah pening sebab nak beli sepasang kasut untuk asben... kekekkeeke....




Add caption

Mid level escalator view from top

Masjid paling Tua di Hong Kong

Mid Level Escalator... Panjang oooo.. Naik escalator ..turun naik bas

Arena of Star

Ladies street

Arena of Star (view malam)

The Peak

Dim Sum

Sunday, February 26, 2012

Jalan - jalan London: day 3

Hari ke 3 di London... hari terakhir.. warghh.. rasa cam tak nak balik sudah.. weather makin drop hari ni.. flight malam nanti... almaklumlah cuma short trip je kan.. pagi macam biasa sarapan al maggi dan al biskut.. dan juga pisang.. pisang? iye.. saya kat London beli pisang kat supermarket.. hahhaha.. ada gak jalan jalan nampak orang jual rasberry, blackberry, strawberry ..blue berry.. segala keluarga berry.. terasa nak beli semua.. tapi asben tak bagi... nak buat apa katanya.. hari nih cuma leisure sahaja.. sebab semalam tak pergi ke London Bridge.. so hari nih kami naik tube ke London Bridge..

Selepas pada tuh kami jalan jalan naik tube.. main turun je mana nak turun.. try cari stadium Wimbledon (tenis nyer stadium..) tapi jauh dari station tube... kena menapak la.. sebabkan kaki nih dah fully used 2 hari.. jadi dah tak larat sangat nak jalan...
Tengah duk sibuk naik tube.. terserempak ngan penyokong Arsenal nak ke stadium.. hari nih ada match ngan Aston Villa.. kitorang pun pergi ke stadium lagi sekali... selalu dok g tengok game kat Malaysia je kan.. nih tak dapat tengok game.. dapat ambik suasana pun kira hokey la... tube memang super duper crowded.. but its ok.. orang kat London nih attitude bagus.. kita rasa secure dan save walaupun tengah ramai ramai ni..
bila dah petang balik ke hotel dan ambil luggange dan rehat kaki.. terus ke airport.. on the way dalam tube ..dah nampak snow mula turun... yepiiii.. dapat gak tengok keajaiban Tuhan... snow original turun dari langit....
tapi.... syahdu nya... lepas boarding flight je.... flight delay 6 jam... sebab snow yang lebat... huwarghh.. dok dlm kapal terbang yang tak bergerak adalah sangat men'stress'kan.. mujur suami duk Business Class.. so boleh melepak kesana.. sambil makan coklat, sandwich, kacang, coklat lagi dan lagi... pastuh bila dah dapat clearance utk terbang..... masing masing dah tido tak ingat orang..
 
 
 
 
 
 
pasar buah.. bery hanya 1 pound je...

London Bridge Underground Station

Arsenal Stadium.. Game day

London Bridge...(london bridge is falling down..falling down)

Saturday, February 25, 2012

Jalan -Jalan London Day 2



Sambung cerita hari ke-2 di London, hari ni ktorang jalan pusing pusing London.. pagi sarapan maggi dan roti..... pastu semangat 7.30 dah keluar hotel.. menapak ke Hyde Park.. suhu -1degree.. air kat tasik pun dah nak start beku..almaklumlah ramalan esok expected snow akan turun... kat Hyde Park nih banyak juga yang bersiar siar sambil bawa anjing mereka.. dari spesis kecil sampai dah spesis seakan serigala pun ada... dari comel sampai menakutkan pun ada... hahah.. dan yang paling menarik kat sini ada itik dan burung yang sangat la jinak dan terlampau banyak spesis, warna dan saiz... siap ada swan lagi.. yang angsa putrih besar besar tuh   (ahh.. jakun jap)..

 pastu kitorang menapak terus ke Buckhingham Palace... hasrat nak tengok pertukaran guard.. tapi since baru kul 9.. (guard kat sini tukar kul 11.30 pg).. so..ambik gambar dan intai intai kat dalam je dahla.. pastu terus ke talfagar square dan london eye...dan big ben.. dah puas ambik gambar segala macam pose.... dan minum gak hot choclate sambil jalan (pun still rasa beku).. kitorang naik tube terus ke Oxford street,,.. barulah bermula keseronokan berjalan di tempat orang... (shopping punya pasal) 
so far barang kat sini harganya ok jugala.. still murah lagi kalau nak compare kat Malaysia.. tapi.. still melambung jugaklah harga untuk barang yang branded... selalu orang kata gi butik H&M je.. sebab murah.. hmmm... tapi takde yang berminat.. so, cuci mata sahajala... 
petang kitorang gi Stadium Arsenal... kat sini bershopping skit..pasal barang Nike dan kelab punya barang kan... so, tengok plak ada sale.. sempatlah merembat 2-3 baju.. dan sweater jugak  (sebab sejuk sangat.. kena sarung lagi selapis)...

seterusnya ke Chelsea... hmm.. barang adidas designnya tak cantik sangat... cuci mata je.... cuma kesian kat asben yang penyokong Liverpool tegar..... tak dapat nak ke sana..sbb jauh..makan masa 3 jam naik tren.. masa tak cukup nak jalan... so, dapat ke Arsenal dan Chelsea pun  dah cukup bagus la nih...
dan dalam perjalanan kitorang singgah kat King Cross Station.. cari tempat penggambaran Harry Potter  (saya peminat harry potter dari movie sampai novel dah khatam)... so, agak kecewa.. sebab cuma ada gambar troli dan sign board je..hmmm.... takat ambik gambar je la kan....



Hyde Park






burung yang jinak..

tupai berebut nak makan coklat.... tapi takleh bagi banyak..baik kami yang makan

Talfagar Square


Big Ben?

London Eye.. tahap dah boring dah nih

Oxford street... 

King Cross Station.. Harry potter?


Arsenal...


Matching plak baju ngan kaler kat sini

Chelsea... tak minat

Hotel tempat kitorag stay