Wednesday, February 06, 2013

Umrah 02 Januari-16 Januari 2013

Alhamdulillah .. akhirnya kami berjaya juga menunaikan umrah.. dan yang paling best kami bawa mak masing masing... ada mak sendiri dan mak mertua.... plus ayah mertua dan adik ipar.. Fikir punya fikir kami pilih pakej dari Travel Andalusia. Sebab?.. ramai yang tanya sebab... ada juga yang bagi komen macam macam ada yang positif ada yang negatif..  tapi kami ambil sebab Andalusia dah establish.. dah lama dalam hal menguruskan jemaah haji dan umrah.. dan memandangkan kami masing masing tiada pengalaman menunaikan umrah... (hanya mak dan ayah masing masing je yang dah haji ..itupun 5 tahun lepas).. jadi taknak ada apa apa masalah dalam urusan penginapan, perjalanan dan pengangkutan. baik ambik yang dah biasa uruskan hal jemaah umrah.. lainlah kalau yang pergi hanya kami berdua.. mungkin tak gusar sangat hati.

Awalnya kami booking untuk 17 Januari.. antara penerbangan awal juga yang ada disediakan.. tapi disebabkan Kerajaan Arab Saudi buka Visa Umrah lebih awal jadi kami ditawarkan untuk terbang 2hb Januari 2013. kami pun dah siap segala urusan passport dan medical.. jadi terus agree dan siapkan kerja dan urusan kelengkapan pakaian sahaja....

tak banyak sangat yang perlu disediakan... hanya yang basic sahaja.. dari segi pakaian pun kami banyak beli jubah disana... dah memang kat sana tempat menjual jubah dan segala macam abaya kan... cuma bawa telekung shaja.. sebab kat Saudi Arabia semua yang perempuan pakai abaya.. dan selendang hitam sahaja.... jadi yang jemaah Asia nih mudah dikenali menerusi pemakaian telekung berwarna putih...


Penerbangan kami adalah Saudi Arabia Airlines... husband nak naik MAS sebab nak top up enrich card punya point... tapi MAs hanya buka penerbangan umrah pada bulan mac sahaja.. Harap maklum ye.. bukan tak nak naik... (kalau tak bleh makan sarapan nasi lemak dalam flight) kekekekeke

Penerbangan terus ke Saudi Arabia.. flight berhenti sejam di Riyadh sebelum turun di Madinah... setakat nih semangat berkobar kobar... dan hati pun berdebar debar juga nak memsauki Tanah Haram.. almaklumlah,..kita nih manusia yang penuh dengan kelalaian dan dosa kan.. kan....

Bertolak dari KL 3 petang dan sampai di Madinah jam 10 malam. Selesai je urusan imigresen, bas dah siap menanti bawa ke hotel. Hotel kami di Madinah Mubarak Silver Hotel.. betul betul depan pintu masuk jemaah muslimah..... tak payah belok-belok.. straight je... dah nampak.

4 comments:

  1. salam ziarah.google pengalaman umrah so terjejak la ke blog ni.:)nk tnya, skrg kat mekah tengah buat renovation kan, so camne keadaan kat sana?Travel dgn andalusia ada transit yer?insyaallah tahun ni kalau x de halangan sy akan ke sana:)

    ReplyDelete
  2. iye tengah buat massive renovation.. diluar kawasan masjid (hotel hotel sekitar) dan juga pembesaran kawasan masjid. keadaan agak mencabar sedikit disebab kan ramai jemaah yang datang dengan keadaan kawasan masjid yang semakin terhad. ketika saya datang kawasan tawaf hanya diruang bawah sahaja, manakala di tingkat dua di tutup. saya travel dengan andalusia cuma transit di Riyadh (penumpang turun selama sejam) sewaktu penerbangan pergi (kl-madinah) dan direct flight sewaktu balik. apapun sila pastikan dengan pihak agen.
    kalau nak lebih jelas gambaran disana sila ke blog nih..http://hajiarshad.blogspot.com/ boleh katakan hari hari penulisnya updated kehidupan disana.. sedikit sebnayak boleh membantu kita membuat persediaan mental dan fizikal.

    ReplyDelete
  3. Assalam Haz, saya berniat utk pergi umrah 2014 nnt dan masih mencari2 travel agent yg sesuai n bagus utk yg pertama kali ke sana. Bagaimana dgn pengalaman haz bersama andalusia? perkhidmatan dr segala segi terutama pembimbing umrah wajib? terima kasih

    ReplyDelete
  4. pengalaman saya dengan andalusia cukup baik.. tiada masalah dari segi bimbingan.. kumpulan kami seramai lebih kurang 54 jemaah.. dari melaysia ada seorang mutawif yang bawa.. tetapi sampai disana akan ada ustaz lain juga yang akan membantu untuk membimbing.. dalam kes saya ustaz dari indonesia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mekah.. dia mengiringi dari madinah sampai ke Kota Mekah.. dan pengisian sepanjang tempoh berada disana uga lengkap.. dari segi makanan pengangkutan dan juga kuliah agama diadakan di hotel, bacaan tahlil arwah juga ada pada setiap jumaat. Jadi pada saya tiada masalah dengan andalusia, terutama untuk kes saya yang pergi pertama kalinya bersama kedua ibu bapa.

    ReplyDelete