Wednesday, February 06, 2013

Perjalanan Umrah 2 : Madinah 1

Sampai je kat hotel around 10 malam.. sebabkan kitorang niat Jamak.. jadi maghrib dan Isya belum settle lagi... my mom dah tak larat.. jetlag.. terus surrender nak ke Masjid Nabawi... so.. cuma yang lain aje terus menapak ke Masjid Nabawi... bila melangkah masuk je.. hati terus sayu.... Rasulullah s.a.w ada disini... sembahyang magrib + isya... dan yang lain lain.. kami terus ke Raudah.. Alhamdulillah.. menurut jemaah dari pakistan yang dah sampai beberapa hari lagi awal dari kami, kawasan Raudah agak lengang.. tetapi orang ramai mula memasuki kota Madinah.. sebab seperti kami juga memandangkan visa umrah sudah dibuka...  penghadang dan tirai juga sedang sibuk dipasang...
kelihatan para penjaga  masjid juga masih sibuk mencuci masjid... patutlah masjid sentiasa dalam keadaan bersih.. air zam zam juga banyak disediakan untuk minum.. siap disediakan cawan lagi... kebiasaaan saya akan bawa botol mineral kecil.. untuk diisi.. dan bawa pulang ke hotel untuk minum...
Al-Quran juga banyak disediakan disini.. soal nak baca atau tidak sahaja... kerusi wakaf untuk solat juga sedia ada di dalam masjid bagi yang kurang mampu untuk solat berdiri. Ditempat wanita ada diasingkan ruang jemaah untuk jemaah yang bawa anak anak kecil bersolat di masjid..  tandas disediakan diluar.. di aras bawah, jadi kalau nak pergi tandas kena turun escalator atau lif.. tandas sangat bersih ... untuk mandi juga boleh..
suhu waktu saya sampai agak dingin... dalam 16 degree -18 degree.. untuk yang perempuan sekadar berjubah dan tshirt sehelai dah cukup.. plus dengan telekung dan tudung kita.. manakala bagi yang lelaki, waktu macam nih la elok berserban.. sambil kurangkan rasa dingin boleh ikut sunnah sekali..
Kawasan raudah dibuka untuk jemaah wanita pada waktu lepas subuh sehingga zohor... dan selepas isya sehingga jam 11.. tapi bagi pihak lelaki boleh sellau ke Raudah.. untung juga suami yang kata boleh sembahyang waktu di kawasan raudah.. berdekatan dengan Makam Rasullullah.
ada yang kata tak boleh bawa kamera ke dalam masjid... iye betul.. sebab saya banyak nampak papan tanda tidak boleh ambil gambar atau membawa kamera ke dalam masjid. tapi... jeng jeng..
zaman sekarang ini agak susah nak kawal telefon yang canggih nih kan.. kita punsemua masing masing bawa telefon untuk perhubungan dengan keluarga yang lain.. mana tau nanti tidak terjumpa dengan ahli keluarga dikawasan ramai orang .. kan susah kalau takde telefon.. jadi apa yang saya buat hanya letak telefon ke dalam poket seluar. atau poket baju yang agak tersorok... penjaga masjid hanya check beg muslimah sahaja...
saya bertanya suami.. suami kata tiada pemeriksaan dilakukan untuk jemaah lelaki.... mungkin arahan tuh kita kena faham.. janganlah nak berposing bagai dalam kawasan masjid yang mulia... hanya untuk kenangan kita rasanya tidak mengapa.. yang penting niat kita.

susana di perkarangan masjid.. awal pagi.. payung belum buka..
 


No comments:

Post a Comment