Wednesday, February 06, 2013

Perjalanan Umrah 3: Kota Mekah

Kami bertolak dari Madinah lebih kurang jam 3 petang... perjalanan menaiki bas selesa memandangkan jalanrayanya elok dan masih baru.. kami berhenti makan dan solat magrib di hentian rehat... makan pula dijamu nasi arab.. dihidangkan dalam dulang untuk dikongsi 5-6 orang.
Alhamdulillah sampai di Kota Mekah lebih kurang jam 9 malam... selesai check in bilik.. terus kami mengikut mutawwif ke Masjidilharam..sebab masing masing dalam ihram..jadi kami segera melakukan tawaf, saie dan tahalul untuk keluar dari larangan ihram. Suasana di kota Mekah walaupun tak sedingin Madinah, tapi masih kategori dingin juga... melangkah kaki ke Masjidilharam hati tak putus putus berdoa semoga urusan ibadah dipermudahkan.. Alhamdulillah masih belum ramai yang sampai di sini..
nasi arab yang dkongsi bersama jemaah lain

Seperti yang saya nyatakan kami antara penerbangan awal yang sampai disini... Alhamdulillah berjaya melakukan tawaf , saie dan tahalul.. dan emak pun boleh berjalan lagi bersama sama... cuma ibu mentua dan suami serta ayahnya berasingan dengan kami sebab ibu mentua naik wheel chair.. jadi agak berhati hati terutama ketika malakukan tawaf takut terlanggar kaki orang lain pula nanti. Wheel chair ada disediakan di hotel oleh pihak Andalusia Travel.. cuma kena letak nama dan nombor bilik sahaja untuk digunakan.. sepanjang masa umrah ini kita boleh pakai wheel chair tersebut. dan sekiranya hilang terpaksa lah kita bayar gantirugi kepada pihak andalusia.. tak mahal sekitar RM 15o / wheelchair sahaja. Menurut mutawwif wheelchair wakaf juga ada disediakan di masjid.. berdekatan dengan pintu Babusalam.. tapi kami guna yang dari Andalusia juga.. sebab bila umrah yang seterusnya mak saya pun dah pakai wheelchair sebab tak kuat nak berjalan bila saie..
Kalau untuk jemaah yang pergi bersendirian tetapi nak guna wheelchair kita boleh dapatkan khidmat upah untuk menolak wheelchair.. walaupun dari hotel hinggalah selesai umrah.. ataupun kita boleh pilih sekadar untuk saie sahaja.. kalau tak silap bayaran lengkap untuk tawaf, saie dan tahalul sekitar 200 Saudi Riyal.
Suasana di kota Mekah agak berdebu sebab proses meroboh dan membina bangunan hotel baru juga rancak dijalankan. Sebahagian masjid juga ditutup untuk projek pembesaran Masjidilharam. Jarak hotel kami (Monsia Therawat Hotel) lebih kurang 700 m dari Masjid. Di tengah perjalanan ke masjid akan ada yang minta sedekah dengan menunjukkan kaki atau tangan yang kudung.. rasa kasihan nak memberi tapi ayah dan ibu lebih mengesyorkan bersedekah kepada yang membersihkan kawasan masjid... kebanyakan peminta sedekah ini akan bertempiaran lari bila anggota polis datang .. jadi kesimpulannya kegiatan ini turut dicegah oleh pihak berkuasa tempatan.. jadi tak baik pula kalau kita galakkan aktiviti mereka.

suasana di sekitar Kota Mekah
semasa solat Magrhib diluar perkarangan Masjid

kami :)

Subhanallah.. boleh nampak di belakang kawasan masjid yang sedang di besarkan




Hari hari yang seterusnya mula dilimpahi jemaah dari pelbagai negara... suhu juga mula naik dan tak sedingin awal kami sampai... melihat kepelbagaian jemaah dari negara pakistan dan India.. rata rata jemaahnya memakai tudung atau hijab yang seragam warnanya.. mungkin untuk memudahkan mereka menjejak kumpulan masing masing.... ada biru, merah, hijau, ungu, kuning, pink, dan banyak lagi... ada juga jemaah dari Indonesia memakai skarf berwarna di leher...

Ramai jemaah dari asia saya lihat semuanya agak berumur dan bersendirian tanpa ahli keluarga.. kadang kdang sedih melihat mereka bila kehilangan sabahatnya dan tercari cari di celahan orang ramai... Syukur saya dan suami berpeluang bawa ibu masing masing... setiap hari kami mohon doa agar kami sabar dan dipermudahkan untuk bersama orang tua kami sepanjang tempoh kami disini.

Tandas di Masjidilharam agak jauh ke bawah.... turun menggunakan tangga atau escalator. tapi awas... pastikan jarak anda dan orang disekitar anda dalam keadaan selesa semasa menggunakan escalator.. sebab saya pernah menyaksikan kain jemaah wanita tersangkut di escalator dan membuatkan jemaah jatuh dan turut mengheret beberapa jemaah lagi jatuh sekali ... sebab ramai jemaah yang kainnya dan jubahnya meleret ke lantai.. jadi kalau terselit di escalator.... cepat cepat minta petugas atau kita sendiri tekan butang stop di hujung escalator..

bagi ibu saya yang kurang mampu nak berjalan jauh, kalau nak ambil wuduk biasa pakai botol spray wuduk atau pergi ke pili air zam zam yang berdekatan.. tempat favourite kami adalah di pintu 88 sebab kedudukannya yang agak tersorok di bawah tangga... sekadar nak ambil wudhu insyaallah penjaga disitu tidak marah.. cuma kena berhemat menggunakan air zam zam.. janganlah sampai banjir pula lantai disitu.

banyak tempat jemaah wanita disediakan... di tingkat bawah ada, di tingkat atas pun ada.. jadi kalau sihat pergilah meninjau dalam kawasan masjid... macam macam kemudahan ada disediakan.. cuma untuk kami memandangkan ibu ber wheelchair jadi pergerakan agak terbatas... saya biasa adventure meninjau berseorangan sahaja...

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Malaysia pada 16 Januari 2013.. setakat ini kami bersyukur sebab tiada masalah sepanjang tempoh kami disana.. semua kesihatan kami juga tip top......
sampai di Malysia teringat ingat pula Kota Mekah dan Madinah.. sekarang baru kami faham kenapa ramai yang dah pergi dan hatinya selalu rindu nak kesana.... Insyaallah kalau ada rezeki kami kesana lagi nanti.... sekarang nak kumpul duit untuk haji pula..

No comments:

Post a Comment