ha..ha. ha.. rasa nak tulis hanya seperti ayat diatas.. iye, kedai penuh.. jadi kerja banyak.. full swing 4 orang still tak boleh settle dlm satu dua hari..Alhamdulillah rezeki Syawal.. orang baru balik dari kampung terus nak bekerja jadi hantar saja lah ke dobi.. so ringkasan untuk sehari dua ni:
- kerja banyak
- badan penat
- dah start puasa (cepat skit nak raya lagi sekali)
- kedai makan banyak tak buka lagi... (huh.. kena makan kat rumah je..lagi layan.. atau
- berat turun time puasa.. naik balik time raya.. timbal balik jadi sama cam sebelum puasa.. (ok la kan?)
tapi yang tak leh nak terima adalah :
- mulut nih asyik nak makan je.. huwarrr.. dah biasa balik kampung makanan 24 jam terhidang.. asyik makan dan makan.. sudahnya terbawa sampai ke KL.. nasib baik memang rumah clear dari makanan dan minuman sampingan ni.. tapi terkenang2 kuih raya ... nyum! nyum! asyik buka peti ais je.. nasib baik lagi dah standby buah untuk hal kecemasan cam nih...
jadinya.. jom makan buah betik sambil mem'blog'!
Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :
- 59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
- 92.1g air,
- 1.0g protein,
- 0.1g lemak,
- 13.5g karbohidrat,
- 0.5g serat,
- 0.5g abu,
- 31.0mg kalsium
- 0.8mg magnesium
- 17.0mg posporus
- 1.0mg zat besi
- 2.0mg sodium
- 337.0mg potasium
- vitamin B sebanyak 0.08mg,
- vitamin B2 (0.12mg)
- niasin (0.1mg
- vitamin C (69.3mg)
- karotin (2431ug)
Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu. Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.
Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan
sumber:http://pertanian.kedah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=123&Itemid=166
sumber:http://pertanian.kedah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=123&Itemid=166
No comments:
Post a Comment