Monday, June 23, 2014

Hantar papa klia2

Hari ni en asben nak g umrah. Alhamdulillah dapat pergi lagi tahun bih selepas setahun 4bulan yang lepas. Kali nih asben g ngan ex office mama dulu. Semua nye lelaki je. No family. 

So hantarven awben ke klia2 since diorang naik air asia flight jam 2.35pg. Tapi td sampai airport tengok tengok flight delay sampai 5.35 pg.  Huwaaaa.    Sabar.  Dugaan. 


So kami berdua pun teman la en asben sampai mana termampu. Sampai jam 1.30 pg je. Pastu mama ngan adik balik. Pasal adik dah mabuk tidur. Hahhaha walaupun masih berkeinginan nak berlari tapi mata dah tak boleh tahan sudah. 

Sambil hantar asben sambil jalan kat klia2. Next time kalau dapat fly dah ada pengalaman   So far much better dr lcct of course. Tapi kene berjalan agak jauh skit sambil lalu kat kedai kedai. Kalau banyak masa di airport bolehla cuci mata cuci poket sekali kan.  Ini baru kedai kat luar. Kalau kat dlm bahagian departure tak taula macamna. 






Cuma still masih banyak yang perlu diperbaiki. Walaupun baru dibuka. Tapi saya tengok tandasnya dah ada air bertakung di lantai. Dengan floor trap yang terbuka dan tidak ditutup. Tempat sangkut hos paip pun dah tercabut. Tisu yang di lantai. Lantai di luar sekitar sinki juga ada kesan tapak kainyang banyak. Ok. Saya masuk tandas jam 12 tgh malam pasukan cleaner dah siap cuci baru alihkan sign careful wet floor. Pastu time saya nak keluar toilet siorang dok terjerit jerit di tgh laluan keluar memanggil sama sendiri.  

This is not good for the image. Since saya rakyat sini saya boleh ignore but still a little annoyed. 

Yang lain lain tak dapat nak komen sangat. Still banyak kedai yang belum beriperasi sepenuhnya. Masih dlm proses renovation. 

Anyway, selamat pergi untuk papa. Dan semoga selamat pulang juga. 

Friday, June 13, 2014

Musim nyamuk

Sekarang straight seminggu panas tak hujan hujan. Jadi musim nyamukla nih kan. Mama plak jenis malas nak berpasang ubat nyamuk dan menspray bagai.  Tak tahan bau busuk ubat nyamuk. 

Pagi nih mama tgh sibuk siapkan breakfast utk dhia. Tinggalkan kejap time dia tgh duk melayan kartun sambil minum susu. Nih kira tempoh bertenang kejap la nih. Cepat cepat mama masak. Kalau tak nanti dia dtg dan start peluk kaki sambil buat muka sedih. Time tu dah takleh buat pe dah. Mau die merengek je kalau tak dilayan. 

Punyalah mama tinggalkan 15 minit je. Bila dah habis susu si kenit nih hulurkan botol kosong, tengok la haaaa... Mau dekat 8 das nyamuk gigit kat muka kaki tangan   Hadoi. Mengapa adik tak halau nyamuk. 




Cepat cepat mama buh ubat. Dahle kulit sensitif nanti tak baik baik. Kalau semut yang gigit lagila lambat baik. Siap ada parut hitam lagi nanti. 


Mama pakai ni. Ada orang suggest mopiko. Tapi bila mama pakai tak jalan. Pakai kapur masak pun pernah tapi tak reda gak merahnya. Hr tu g kedai organik  sales girl tu suggest nih. More baby friendly katanya. So far alhamdulillah. Kalau pakai utk gigitan nyamuk cepat redanya. 


Nih lepas sejam pakai. Dah hilang dah. Tp dengan syarat baru kene gigit terus sapula ubat nih. Ha. Nih kan dah start peluk kaki mama dia.


Breakfast: Bihun udang goreng

Hr nih penat mama nak cari idea. Banyak barang masak dah kering kontang. Mama dlm peti ais ada udang dan ayam. Fikir fikir nak ke jaya jusco ler nak cari ikan salmon dan sebagainya utk dhia. Juga sayuran yang berbagai.

Tapi apapun, pagi nih kene survive dulu. Mama masakkan bihun goreng utk dhia. No salt no sugar. Sebelum nih ada gak mama ngelat letak garam secubit. Tapi hr nih mama insaf balik. Cuma tumis ngan olive oil dan letak black pepper secubit. Cari cari tomato pun takde dlm freezer. Hmmmmmm.....


Nantilah kita cari ek bahan masak lain. Mama nak cari tepung atta dan juga unbleached floor utk buat makanan bertepung plak. And nak ke daiso jugak untuk cari acuan kuih. Wahahhaha papa please taked note. 

Tuesday, June 10, 2014

Spagetti Salmon for little one

Bila si kecik start taknak makan bubur...mama dah start pening kepala nak pikir masak apa. Maube dah kene start tambah dos kerajinan memasak. Breakfast,lunch,tea time, dinner lain lain. Kalau sebelum nih mama masak bubur makanlah dr pagi sampai petang.
Tp dua hari sudah si kecik tak nak makan bubur. Bila suap siap tolak tangan dan start buang balik. Tapi bila suap nasi biasa dengan ikan goreng ok aje plak. 

So mama buat kesimpulan anak mama dah besar. Nak makan cam org besar juga. So kene upgrade level masakan. Tapi giginya masih 4 batang lagi hahahaha.  Kalau tak ayam goreng mama suapkan nak oi. 

So pagi nih mama geledah almari caribidea nak masak breakfast. Junpa spahetti. Kebetulan ada ikan salmon lagi separuh dlm peti ais. Mehla kita masak beeakfast utk mama dan adik sekali. 



Thursday, June 05, 2014

Hujan di pagi hari. Syukur ya Allah

Pagi nih hujan. Jam 7.30 pagi dah mula hujan. Suasana sejuk muram nih buat rasa cam nak berbungkus selimut semula. 

Syukur ya Allah. Ada lagi hari ini untuk kita. Syukur Ya Allah diberi kesempatan menatap wajah anak dan  suami hari ini. Syukur Allah, masih lagi berkesempatan nak pikir makan apa sarapan hari ini. Alhamdulillah ada beli biskut minggu lepas....cicah dengan air kopi tskkk takkk takleh munum kopi. Sesak nafas. Air milo pun ok. Syukur Allah. 

Seringkali kita lupa untuk bersyukur utk perkara perkara yang pada kita remeh. Tapi sebenarnya itulah yang paling bermakna. 

Ketam telur masin,bayam tumis , daging sambal

Menu malam semalam. Hujan hujan perut lapar. Terus pikir nak masak apa. 






Tuesday, June 03, 2014

Kasihnya ibu

Setiap kali nak balik dr kampung mesti mak sibuk bertanya nak bawak balik apa apa tak? Nak apa apa ambil saja. Itulah ayatnya. Tak kisahlah mak mentua atau mak sendiri. Dua dua saya panggil 'mak' saja takde beza. Sama rata. 

Kali nih balik dr kampung keluarga mentua.  Memang selalu saya balik saya akan kutip daun daun buat masak. Daun kunyit, daun limau purut,bunga kantan,daun pisang,daun pandan. Buat masak. Memang kat rumah saya ada tanam sendiri tapi kene jimat cermat sbb pokok kat rumah belum besar lagi. Kalau asyik petik nanti tinggal batang je hahaha. 
Mak plak akan bagi pisang,keledek, labu dan apa apa yang ada kat rumah. Awal awal perkahwinan saya dulu saya selalu tolak. Sebab tak masak sangat dan malas nak bawak balik,taknak la kononnya ambil mak punya. 

Tapi bila dah lama kawin nih. Makin meningkat kedewasaan ni,saya mula faham.  Itulah antara kasihnya ibu. Risau setiap kali anaknya balik. Apa anak nak dibawa balik gembira setiap kali anaknya balik menjenguk. Dan kalau boleh bawalah balik apapun, masaklah untuk suami dan anak anak,supaya bahagia anaknya. 

Sampai sekarang anak saya dah setahun saya masih lagi terkial kial.  Masih lagi saya mengagumi mak saya yang setiap hari bangun sebelum subuh untuk memulakan aktiviti hariannya. Sedangkan saya masih lagi mencari semangat setiap hari membesarkan anak dan menguruskan rumah. Saya pernah jadi jurutera tapak,bekerja dgn pekerja asing,dengan mesin besar, debu dan habuk. Saya pernah juga kerja jurutera di pejabat. Sibuk dengan mesyuarat dengan menteri dan pengarah jabatan. Saya juga buka perniagaan uruskan kedai dari mula sampai berjalan lancar. 

Tapi saya rasa yang paling mencabar adalah menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Semoga saya pun dapat jadi macam mak mak saya yang membesarkan anak nya yang ramai dgn baik. 


Ini pisang tanduk. Ayah yang bungkuskan dlm plastik suruh bawa balik. Ayah tanam sendiri. Dah ada bahan nak buat minum petang. Jadi pisang goreng menu kita semalam. 



Monday, June 02, 2014

Ayam stew dan sambal tauhu




Hari nih hari isnin. Keluar pagi pagi ke kedai.  Uruskan apa yang patut. Balik je rumah si kecik nih tido plak. Senang skit nak masak. Kalau tak berebut barang la ngan dhia. 

Hari nih ada beli ayam. Nasi dah masak before keluar rumah pakai slow cooker.  So masak stew untuk Ainul Mardhiah. Since dah setahun sebulan nih mama dah start masak taruk garam skit skit. 

Untuk mama plak mama masak sambal tauhu.  Cukuplah tu. Nanti makan nanti cukai lauk ayam tu skit hahah.