Tuesday, June 03, 2014

Kasihnya ibu

Setiap kali nak balik dr kampung mesti mak sibuk bertanya nak bawak balik apa apa tak? Nak apa apa ambil saja. Itulah ayatnya. Tak kisahlah mak mentua atau mak sendiri. Dua dua saya panggil 'mak' saja takde beza. Sama rata. 

Kali nih balik dr kampung keluarga mentua.  Memang selalu saya balik saya akan kutip daun daun buat masak. Daun kunyit, daun limau purut,bunga kantan,daun pisang,daun pandan. Buat masak. Memang kat rumah saya ada tanam sendiri tapi kene jimat cermat sbb pokok kat rumah belum besar lagi. Kalau asyik petik nanti tinggal batang je hahaha. 
Mak plak akan bagi pisang,keledek, labu dan apa apa yang ada kat rumah. Awal awal perkahwinan saya dulu saya selalu tolak. Sebab tak masak sangat dan malas nak bawak balik,taknak la kononnya ambil mak punya. 

Tapi bila dah lama kawin nih. Makin meningkat kedewasaan ni,saya mula faham.  Itulah antara kasihnya ibu. Risau setiap kali anaknya balik. Apa anak nak dibawa balik gembira setiap kali anaknya balik menjenguk. Dan kalau boleh bawalah balik apapun, masaklah untuk suami dan anak anak,supaya bahagia anaknya. 

Sampai sekarang anak saya dah setahun saya masih lagi terkial kial.  Masih lagi saya mengagumi mak saya yang setiap hari bangun sebelum subuh untuk memulakan aktiviti hariannya. Sedangkan saya masih lagi mencari semangat setiap hari membesarkan anak dan menguruskan rumah. Saya pernah jadi jurutera tapak,bekerja dgn pekerja asing,dengan mesin besar, debu dan habuk. Saya pernah juga kerja jurutera di pejabat. Sibuk dengan mesyuarat dengan menteri dan pengarah jabatan. Saya juga buka perniagaan uruskan kedai dari mula sampai berjalan lancar. 

Tapi saya rasa yang paling mencabar adalah menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Semoga saya pun dapat jadi macam mak mak saya yang membesarkan anak nya yang ramai dgn baik. 


Ini pisang tanduk. Ayah yang bungkuskan dlm plastik suruh bawa balik. Ayah tanam sendiri. Dah ada bahan nak buat minum petang. Jadi pisang goreng menu kita semalam. 



No comments:

Post a Comment