Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)
Hari ini warga negeri Selangor bercuti sempena Nuzul Al-Quran... jadi dah cuti ini teringin nak menjenguk ke KL.. iaitu ke tempat yang paling top kalau hari raya iaitu Jalan TAR... sampai di kl 10.30 pagi.. parking di Sogo itu sudah sesak.. maunya beratur untuk mencari parking.. akhirnya dapat jua.. ooho! Sogo sedang sale handbag dan kasut Bonia + Carlo Rino + Sembonia dan seangkatannya.. mak ai.. penuh sesak dgn orang.. nak jolok tangan ambil barang pun tak boleh.. apatah lagi nak menyelit..asyik dilanggar sahaja.. jadinya? surrender!!.. terus pergi ketempat asal tujuan datang iaitu mencari samping + butang baju melayu + kerongsang dan tudung sahaja. Alhamdulillah tahun ini banyak yang dah ready before raya lagi jadi kami pun takde rushing sgt di bulan2 puasa ni..
jam 12.30 tghari kami balik.. wah hanya 2 jam.. ooo.. tak sanggup.. janji dapat barang yang di cari kami pun balik.. untuk memusing semua kedai itu tidak mungkin, dengan orang yang penuh sesak, cuaca yang panas terik.. tak mahu la... nanti kene langgar dengan orang hati asyik nak marah je... nanti tgkorang lain macam..hati nak berkata2 je.. baik tak payah mengurangkan pahala puasa ye..
Jadi sudahnya, saya pun tidakla membeli barang masak hari ini.. hanya duk menggeledah dalam peti ais dan ini sahaja untuk berbuka.. hmm.. kuih pun dah malas nak buat.. plan nak beli tapi hari hujan lebat.. hanya sempat membeli samosa sahaja.. lain takde.. Alhamdulillah ada juga rezeki untuk berbuka..
kambing bakar black pepper |
udang butter lagi |
rebus2 je.. mudah dan cepat |
No comments:
Post a Comment