Friday, February 08, 2013

bercuti @ balik kampung?

stress?..penat kerja? jemu dgn kesesakan kota.. rasa nak pergi bercuti ?.. budget takde? moh la balik ke kampung.. selain daripada dapat jenguk mak bapak sanak saudara.. pun boleh menikmati alam semulajadi dan keindahan tempat membesar kita... keindahan bumi Allah ini ada dimana mana.. kene buka mata hati dan biji mata tu besar besar nampakla apa yang ada di hadapan kita.. yang tersirat dan tersurat.
tak caya?.. ini gambar kampung saya... sepetang di kampung... bila snap dlm gambar pun cantik gak la kan.... *wink* wink*
yang penting ada kebahgian dan kegembiraan .. tak kira dimana kita berada ..kita boleh pilih nak kegembiraan ataupun kedukaan... (ni yang saya belajar dr satu rancangan realiti di TV)..kalau tak leh pilih.. pujuk la hati supaya terima dengan hati terbuka.. mungkin kita akan lebih tenang dan tenteram....
pinjam model jap..cycling keliling kampung.. beskal pun dah veteran

sawah padi



Kuari

Thursday, February 07, 2013

JPJ @ geran motor hilang

ini antara kes haru jugala ni... sebab geran motor hilang..motor? bukan motor aku..motor husbandla.. tp dipertanggungjawabkan selama beberapa tahun untuk memegang dan memelihara sambil melanjutkan usia road tax nya..kebetulan nya bulan nih road tax mati.. then menggelabah aku mencari di rumah di kereta di segenap seluruh penjuru yang ada
tapi idak juga berjumpa..maka mengadulah saya pada tuan empunya diri..dan berbakul bakul la bebelan yang diterima....☆
setelah berputus asa makanya keJPJ la kami... mengisi borang dan menunggu no giliran dan seterusnya dapat roadtax baru..mula mula ngeri juga sebab nak pergi ke JPJ Wangsa Maju ni..sebab kali terakhir pergi 4 tahun lepas, kami menunggu berjam jam untuk meng *renew* lesen memandu..tapi syukur hari nih cuma ambil masa 40 minit sahaja.. dan akupun ambil kesempatan renew lesen memandu terus 5 tahun.. setahun RM30 hinggit...ye...
dan lepas dapat je geran motor yang baru terus husband dok hulur kat aku..."nah g hidupkan roadtax"..waaaalaaahhh..ingatkan dah serik nak suh aku buat... takde maknenye kan...;).

Servis kereta a.k.a toyota

hari ini date kat toyota lagi...last time service 35000km... and tgen suddenly drive shaft (errr cam gini ke ejanya)... kreuk kreuk bunyi kalau dok pusing stereng abis.... so memandangkan warranty 3 tahun still ada.. better hantar keta utk repair and complain segala bunyi yang ada... sebelum termaktublah riwayat warranty yg berbaki lagi 5 bulan itu...
setakat nih saya services di Taman Perindustrian Selayang... sebab dekat ngan rumah..dekat ngan rumah dan dekat ngan rumah... hahahah itu sebab utama la kan? tp so far layanan pun ok.. environment utk ruang menunggu pun ok...siap wifi free,komputer,minuman,biskut,tv,majalah,dan sofa yang seleaa...and better ada surau .. jd takdelah menggelabah nak sembahyang tapi takde tempat kan..
wajtu dok test drive ngan technician tadi dok sembang sembbng.. kebanyakan org melayu jarang datang untuk claim warranty atau komplain. mostly banyak kaum cina sahaja. bukanlah bermaksud diorang ni kaki complain...cuma diorang ni tahu nak gunakan sebaiknya kelebihan dan hak sebagai pembeli dan pengguna...  technician dok kata banyak org melayu nih bila dah abis warranty baru datang dengan masalah pelbagai.. atau lebih banyak hantar luar sebab rasa mahal di toyota...
jadi.. kalau anda semua beli keta baru...1st hand la kiranya dr kedai.. like mine.. saya beli keta toyota ada warranty sampai 100,000km @ 3 tahun..which one come 1st.. sebulan lepas pakai saya dah ganti whole set of desk box(ntah camna nak eja..malas nak check aaa) sebab mengeluarkan bunyi bunyian yang amat mentensionkan terutama time pemandunya tengah stress bawak keta... .. dan untung juga utk saya yang pakai keta cuma sekitar wilayah dan selangor je..milage hanyala sikit sahaja... jadi services hanya 2 kali je setahun. sebab tu rasanya tak sedar bila usia keta dah nak cecah 3 tahun iskh..iskh...

Wednesday, February 06, 2013

Umrah 02 Januari-16 Januari 2013

Alhamdulillah .. akhirnya kami berjaya juga menunaikan umrah.. dan yang paling best kami bawa mak masing masing... ada mak sendiri dan mak mertua.... plus ayah mertua dan adik ipar.. Fikir punya fikir kami pilih pakej dari Travel Andalusia. Sebab?.. ramai yang tanya sebab... ada juga yang bagi komen macam macam ada yang positif ada yang negatif..  tapi kami ambil sebab Andalusia dah establish.. dah lama dalam hal menguruskan jemaah haji dan umrah.. dan memandangkan kami masing masing tiada pengalaman menunaikan umrah... (hanya mak dan ayah masing masing je yang dah haji ..itupun 5 tahun lepas).. jadi taknak ada apa apa masalah dalam urusan penginapan, perjalanan dan pengangkutan. baik ambik yang dah biasa uruskan hal jemaah umrah.. lainlah kalau yang pergi hanya kami berdua.. mungkin tak gusar sangat hati.

Awalnya kami booking untuk 17 Januari.. antara penerbangan awal juga yang ada disediakan.. tapi disebabkan Kerajaan Arab Saudi buka Visa Umrah lebih awal jadi kami ditawarkan untuk terbang 2hb Januari 2013. kami pun dah siap segala urusan passport dan medical.. jadi terus agree dan siapkan kerja dan urusan kelengkapan pakaian sahaja....

tak banyak sangat yang perlu disediakan... hanya yang basic sahaja.. dari segi pakaian pun kami banyak beli jubah disana... dah memang kat sana tempat menjual jubah dan segala macam abaya kan... cuma bawa telekung shaja.. sebab kat Saudi Arabia semua yang perempuan pakai abaya.. dan selendang hitam sahaja.... jadi yang jemaah Asia nih mudah dikenali menerusi pemakaian telekung berwarna putih...


Penerbangan kami adalah Saudi Arabia Airlines... husband nak naik MAS sebab nak top up enrich card punya point... tapi MAs hanya buka penerbangan umrah pada bulan mac sahaja.. Harap maklum ye.. bukan tak nak naik... (kalau tak bleh makan sarapan nasi lemak dalam flight) kekekekeke

Penerbangan terus ke Saudi Arabia.. flight berhenti sejam di Riyadh sebelum turun di Madinah... setakat nih semangat berkobar kobar... dan hati pun berdebar debar juga nak memsauki Tanah Haram.. almaklumlah,..kita nih manusia yang penuh dengan kelalaian dan dosa kan.. kan....

Bertolak dari KL 3 petang dan sampai di Madinah jam 10 malam. Selesai je urusan imigresen, bas dah siap menanti bawa ke hotel. Hotel kami di Madinah Mubarak Silver Hotel.. betul betul depan pintu masuk jemaah muslimah..... tak payah belok-belok.. straight je... dah nampak.

Perjalanan Umrah 3: Kota Mekah

Kami bertolak dari Madinah lebih kurang jam 3 petang... perjalanan menaiki bas selesa memandangkan jalanrayanya elok dan masih baru.. kami berhenti makan dan solat magrib di hentian rehat... makan pula dijamu nasi arab.. dihidangkan dalam dulang untuk dikongsi 5-6 orang.
Alhamdulillah sampai di Kota Mekah lebih kurang jam 9 malam... selesai check in bilik.. terus kami mengikut mutawwif ke Masjidilharam..sebab masing masing dalam ihram..jadi kami segera melakukan tawaf, saie dan tahalul untuk keluar dari larangan ihram. Suasana di kota Mekah walaupun tak sedingin Madinah, tapi masih kategori dingin juga... melangkah kaki ke Masjidilharam hati tak putus putus berdoa semoga urusan ibadah dipermudahkan.. Alhamdulillah masih belum ramai yang sampai di sini..
nasi arab yang dkongsi bersama jemaah lain

Seperti yang saya nyatakan kami antara penerbangan awal yang sampai disini... Alhamdulillah berjaya melakukan tawaf , saie dan tahalul.. dan emak pun boleh berjalan lagi bersama sama... cuma ibu mentua dan suami serta ayahnya berasingan dengan kami sebab ibu mentua naik wheel chair.. jadi agak berhati hati terutama ketika malakukan tawaf takut terlanggar kaki orang lain pula nanti. Wheel chair ada disediakan di hotel oleh pihak Andalusia Travel.. cuma kena letak nama dan nombor bilik sahaja untuk digunakan.. sepanjang masa umrah ini kita boleh pakai wheel chair tersebut. dan sekiranya hilang terpaksa lah kita bayar gantirugi kepada pihak andalusia.. tak mahal sekitar RM 15o / wheelchair sahaja. Menurut mutawwif wheelchair wakaf juga ada disediakan di masjid.. berdekatan dengan pintu Babusalam.. tapi kami guna yang dari Andalusia juga.. sebab bila umrah yang seterusnya mak saya pun dah pakai wheelchair sebab tak kuat nak berjalan bila saie..
Kalau untuk jemaah yang pergi bersendirian tetapi nak guna wheelchair kita boleh dapatkan khidmat upah untuk menolak wheelchair.. walaupun dari hotel hinggalah selesai umrah.. ataupun kita boleh pilih sekadar untuk saie sahaja.. kalau tak silap bayaran lengkap untuk tawaf, saie dan tahalul sekitar 200 Saudi Riyal.
Suasana di kota Mekah agak berdebu sebab proses meroboh dan membina bangunan hotel baru juga rancak dijalankan. Sebahagian masjid juga ditutup untuk projek pembesaran Masjidilharam. Jarak hotel kami (Monsia Therawat Hotel) lebih kurang 700 m dari Masjid. Di tengah perjalanan ke masjid akan ada yang minta sedekah dengan menunjukkan kaki atau tangan yang kudung.. rasa kasihan nak memberi tapi ayah dan ibu lebih mengesyorkan bersedekah kepada yang membersihkan kawasan masjid... kebanyakan peminta sedekah ini akan bertempiaran lari bila anggota polis datang .. jadi kesimpulannya kegiatan ini turut dicegah oleh pihak berkuasa tempatan.. jadi tak baik pula kalau kita galakkan aktiviti mereka.

suasana di sekitar Kota Mekah
semasa solat Magrhib diluar perkarangan Masjid

kami :)

Subhanallah.. boleh nampak di belakang kawasan masjid yang sedang di besarkan




Hari hari yang seterusnya mula dilimpahi jemaah dari pelbagai negara... suhu juga mula naik dan tak sedingin awal kami sampai... melihat kepelbagaian jemaah dari negara pakistan dan India.. rata rata jemaahnya memakai tudung atau hijab yang seragam warnanya.. mungkin untuk memudahkan mereka menjejak kumpulan masing masing.... ada biru, merah, hijau, ungu, kuning, pink, dan banyak lagi... ada juga jemaah dari Indonesia memakai skarf berwarna di leher...

Ramai jemaah dari asia saya lihat semuanya agak berumur dan bersendirian tanpa ahli keluarga.. kadang kdang sedih melihat mereka bila kehilangan sabahatnya dan tercari cari di celahan orang ramai... Syukur saya dan suami berpeluang bawa ibu masing masing... setiap hari kami mohon doa agar kami sabar dan dipermudahkan untuk bersama orang tua kami sepanjang tempoh kami disini.

Tandas di Masjidilharam agak jauh ke bawah.... turun menggunakan tangga atau escalator. tapi awas... pastikan jarak anda dan orang disekitar anda dalam keadaan selesa semasa menggunakan escalator.. sebab saya pernah menyaksikan kain jemaah wanita tersangkut di escalator dan membuatkan jemaah jatuh dan turut mengheret beberapa jemaah lagi jatuh sekali ... sebab ramai jemaah yang kainnya dan jubahnya meleret ke lantai.. jadi kalau terselit di escalator.... cepat cepat minta petugas atau kita sendiri tekan butang stop di hujung escalator..

bagi ibu saya yang kurang mampu nak berjalan jauh, kalau nak ambil wuduk biasa pakai botol spray wuduk atau pergi ke pili air zam zam yang berdekatan.. tempat favourite kami adalah di pintu 88 sebab kedudukannya yang agak tersorok di bawah tangga... sekadar nak ambil wudhu insyaallah penjaga disitu tidak marah.. cuma kena berhemat menggunakan air zam zam.. janganlah sampai banjir pula lantai disitu.

banyak tempat jemaah wanita disediakan... di tingkat bawah ada, di tingkat atas pun ada.. jadi kalau sihat pergilah meninjau dalam kawasan masjid... macam macam kemudahan ada disediakan.. cuma untuk kami memandangkan ibu ber wheelchair jadi pergerakan agak terbatas... saya biasa adventure meninjau berseorangan sahaja...

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Malaysia pada 16 Januari 2013.. setakat ini kami bersyukur sebab tiada masalah sepanjang tempoh kami disana.. semua kesihatan kami juga tip top......
sampai di Malysia teringat ingat pula Kota Mekah dan Madinah.. sekarang baru kami faham kenapa ramai yang dah pergi dan hatinya selalu rindu nak kesana.... Insyaallah kalau ada rezeki kami kesana lagi nanti.... sekarang nak kumpul duit untuk haji pula..

long time no see

fuhhhhh...fuhhhhhhhh....fuuuuuuuuuuuuuhhhhh..*tiup habuk* ..dah lama gila tak update blog.. cenggini la gamaknya.. bukan takde cerita..bqnyak je cerita.. cuma malas nak dok upload gambar dan bercerita... nampaknya cam banyak je cerita yang kena backated post.
...

Perjalanan Umrah 2 : Madinah 1

Sampai je kat hotel around 10 malam.. sebabkan kitorang niat Jamak.. jadi maghrib dan Isya belum settle lagi... my mom dah tak larat.. jetlag.. terus surrender nak ke Masjid Nabawi... so.. cuma yang lain aje terus menapak ke Masjid Nabawi... bila melangkah masuk je.. hati terus sayu.... Rasulullah s.a.w ada disini... sembahyang magrib + isya... dan yang lain lain.. kami terus ke Raudah.. Alhamdulillah.. menurut jemaah dari pakistan yang dah sampai beberapa hari lagi awal dari kami, kawasan Raudah agak lengang.. tetapi orang ramai mula memasuki kota Madinah.. sebab seperti kami juga memandangkan visa umrah sudah dibuka...  penghadang dan tirai juga sedang sibuk dipasang...
kelihatan para penjaga  masjid juga masih sibuk mencuci masjid... patutlah masjid sentiasa dalam keadaan bersih.. air zam zam juga banyak disediakan untuk minum.. siap disediakan cawan lagi... kebiasaaan saya akan bawa botol mineral kecil.. untuk diisi.. dan bawa pulang ke hotel untuk minum...
Al-Quran juga banyak disediakan disini.. soal nak baca atau tidak sahaja... kerusi wakaf untuk solat juga sedia ada di dalam masjid bagi yang kurang mampu untuk solat berdiri. Ditempat wanita ada diasingkan ruang jemaah untuk jemaah yang bawa anak anak kecil bersolat di masjid..  tandas disediakan diluar.. di aras bawah, jadi kalau nak pergi tandas kena turun escalator atau lif.. tandas sangat bersih ... untuk mandi juga boleh..
suhu waktu saya sampai agak dingin... dalam 16 degree -18 degree.. untuk yang perempuan sekadar berjubah dan tshirt sehelai dah cukup.. plus dengan telekung dan tudung kita.. manakala bagi yang lelaki, waktu macam nih la elok berserban.. sambil kurangkan rasa dingin boleh ikut sunnah sekali..
Kawasan raudah dibuka untuk jemaah wanita pada waktu lepas subuh sehingga zohor... dan selepas isya sehingga jam 11.. tapi bagi pihak lelaki boleh sellau ke Raudah.. untung juga suami yang kata boleh sembahyang waktu di kawasan raudah.. berdekatan dengan Makam Rasullullah.
ada yang kata tak boleh bawa kamera ke dalam masjid... iye betul.. sebab saya banyak nampak papan tanda tidak boleh ambil gambar atau membawa kamera ke dalam masjid. tapi... jeng jeng..
zaman sekarang ini agak susah nak kawal telefon yang canggih nih kan.. kita punsemua masing masing bawa telefon untuk perhubungan dengan keluarga yang lain.. mana tau nanti tidak terjumpa dengan ahli keluarga dikawasan ramai orang .. kan susah kalau takde telefon.. jadi apa yang saya buat hanya letak telefon ke dalam poket seluar. atau poket baju yang agak tersorok... penjaga masjid hanya check beg muslimah sahaja...
saya bertanya suami.. suami kata tiada pemeriksaan dilakukan untuk jemaah lelaki.... mungkin arahan tuh kita kena faham.. janganlah nak berposing bagai dalam kawasan masjid yang mulia... hanya untuk kenangan kita rasanya tidak mengapa.. yang penting niat kita.

susana di perkarangan masjid.. awal pagi.. payung belum buka..
 


Saturday, February 02, 2013

Shopping Time! Karrimor Back Pack.

i've got my new bag... its not a handbeg.. but a travel back pack beg. My very own back pack.



Kebetulan hari ini gi shopping baju kerja asben... naik tingkat atas SOGO and.. jjjjannngggg! nampak beg nih... the 1st priority is the price.. acceptable cheaper for me yang tak travel banyak sangat (tapi ngengada nak beg juga). Selalu jeles tengok asben dok pikul beg Deuter merah die tuh... so saya nak juga back pack sendiri.. so, next time saya boleh pikul *beban dibahu sendiri* bila pergi travel.. ngehehehheehe..

so, next question is...... "Bila nak gi travel nih bang oiiii?" :)